Tahap kesedaran komuniti pinggir pantai terhadap kenaikan aras laut

Noorazuan Md Hashim, and Zaini Sakawi, and Lam, Kouk Choy and Mokhtar Jaafar, and Rosniza Aznie Che Rose, and Nor Hasyifa Ahmad, (2019) Tahap kesedaran komuniti pinggir pantai terhadap kenaikan aras laut. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 15 (2). pp. 69-83. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
772kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1187

Abstract

Komuniti pinggir pantai merupakan golongan yang paling terdedah kepada bahaya perubahan kenaikan paras laut di Malaysia. Walaupun negeri Selangor tidak termasuk di dalam zon kritikal kenaikan aras laut, namun faktor lokasi petempatan yang berhampiran garis pantai serta topografi yang rendah berupaya mencetuskan bencana pada masa hadapan. Justeru itu, makalah ini bertujuan mengenal pasti tahap pengetahuan dan kesedaran komuniti pinggir pantai terhadap perubahan iklim dan kenaikan aras laut. Sebanyak 1050 responden telah dipilih secara rawak bagi tujuan tinjauan soal selidik di sekitar sepuluh petempatan utama zon pesisir pantai di Selangor, bermula dari Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam sehinggalah ke Tanjung Sepat, Kuala Langat, Selangor. Di samping itu, temu bual informan utama dan diskusi kumpulan fokus, khususnya komuniti nelayan pinggir pantai telah dilakukan. Hampir 70 peratus daripada responden sedar terhadap isu berkaitan perubahan iklim dan pengaruhnya terhadap kesihatan manusia menjadi kenyataan yang paling kerap dikaitkan. Bagaimanapun, kesedaran tentang bahaya perubahan iklim kepada peningkatan aras laut mengambarkan peratusan yang sederhana. Hasil kajian membuktikan responden berbangsa Melayu mempunyai nilai skor tertinggi untuk konstruk pengetahuan, kesedaran dan tanggapan terhadap perubahan iklim. Hasilan tahap keprihatinan perubahan iklim menunjukkan kawasan Sg. Nibong, Kuala Selangor mempunyai tahap keprihatinan tertinggi (nilai indeks = 0.971), manakala Kg. Batu Laut, Kuala Langat mempunyai nilai keprihatinan paling rendah (nilai indeks = 0.183). Kajian ini telah membuktikan wujudnya perbezaan kesedaran dan keprihatinan komuniti pinggir pantai terhadap perubahan iklim dan kenaikan aras laut berdasarkan lokasi petempatan dan kumpulan bangsa. Adalah diharapkan, hasil kajian ini berupaya memberi maklumat penting kepada pihak penguasa dalam pengurusan dan perancangan program adaptasi serta penyesuaian terhadap sebarang bencana berkaitan kenaikan paras laut.

Item Type:Article
Keywords:Kenaikan aras laut; Keprihatinan; Komuniti; Perubahan iklim; Pinggir pantai; Variabiliti
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:14179
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Feb 2020 01:23
Last Modified:07 Feb 2020 11:34

Repository Staff Only: item control page