Transformasi persekitaran sekolah melalui permuafakatan sekolah dan komuniti luar bandar

Christina Andin, and Abdul Said Ambotang, and Yusri Kamin, and Rohana Hamzah, (2019) Transformasi persekitaran sekolah melalui permuafakatan sekolah dan komuniti luar bandar. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 15 (2). pp. 84-101. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1187

Abstract

Sekolah luar bandar yang terletak di kawasan pedalaman sering dikaitkan dengan kemunduran pendidikan disebabkan pelbagai kekurangan kemudahan. Namun, di sebalik kekurangan tersebut, sekolah luar bandar boleh berjaya melaksanakan tranformasi sekolah melalui permuafakatan antara sekolah dan komuniti. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti strategi, impak dan faktor kejayaan program transformasi persekitaran sekolah melalui konsep permuafakatan antara sekolah dan komuniti. Kajian menggunakan kaedah kualitatif dengan pendekatan kajian kes di sebuah sekolah pedalaman Sabah. Data diperoleh melalui dokumentasi, pemerhatian dan temu bual dengan guru besar dan empat orang guru. Temu bual berkelompok juga dilaksanakan iaitu melibatkan lima orang ahli komuniti dan lima orang murid. Hasil kajian menunjukkan aktiviti mendekati komuniti, serta pelaksanaan yang sistematik merupakan dua strategi menyumbang kepada kejayaan program. Impak utama program termasuklah keceriaan persekitaran sekolah, mengeratkan perhubugan antara sekolah dan komuniti dan meningkatkan minat murid hadir ke sekolah. Faktor utama yang menyokong kejayaan permuafakatan sekolah dan komuniti ini adalah kepimpinan guru besar. Latar belakang kepimpinan sekolah terutamanya guru besar perlu dipertimbangkan untuk bertugas ke kawasan pendalaman yang masyarakatnya mempunyai budaya tersendiri. Jalinan kerjasama erat antara sekolah dan komuniti mampu membawa perubahan kepada pembangunan sekolah luar bandar.

Item Type:Article
Keywords:Komuniti; Luar bandar; Permuafakatan; Persekitaran; Sekolah; Transformasi
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:14180
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Feb 2020 01:32
Last Modified:07 Feb 2020 11:35

Repository Staff Only: item control page