Syazwani Drani, and Azlinda Azman, and Paramjit Singh Jamir Singh, (2019) Pengetahuan gelandangan terhadap peranan dan keperluan pekerja sosial. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 15 (2). pp. 141-154. ISSN 2180-2491
|
PDF
413kB |
Official URL: http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1187
Abstract
Bergelandangan menuntut individu yang terlibat menjalani kehidupan tanpa perlindungan kediaman dan kerjaya yang stabil. Di Malaysia, negeri yang direkodkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM) mempunyai masalah gelandangan adalah Kuala Lumpur, Selangor, Johor Pulau Pinang, dan Sarawak. Masalah yang dialami oleh individu yang bergelandangan terdiri daripada kemiskinan, masalah mental dan fizikal, penyalahgunaan alkohol dan bahan-bahan lain, pengangguran dan kadar upah yang rendah. Kajian kualitatif yang dijalankan bertujuan mengenal pasti status pengetahuan gelandangan terhadap kewujudan agensi yang memberi khidmat bantuan berbentuk intervensi dan perkhidmatan kaunseling yang disediakan oleh pekerja sosial kepada golongan gelandangan khususnya di George Town, Pulau Pinang. Temu bual secara mendalam telah dilakukan ke atas 20 orang informan yang terlibat secara sukarela. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasil kajian menunjukkan bahawa golongan gelandangan mengetahui kewujudan agensi swasta dan kerajaan yang menawarkan khidmat bantuan kepada mereka. Namun, kajian mendapati informan yang ditemu bual memilih untuk tidak mendapatkan khidmat daripada agensi terbabit. Alasan mereka menjurus kepada tiada keperluan untuk berjumpa pekerja sosial, tiada kepastian pekerja sosial untuk membantu, tidak mengetahui cara dan kaedah untuk berjumpa serta belum bersedia untuk berkongsi masalah. Sehubungan itu, kajian yang dijalankan mencadangkan agar pekerja sosial dilihat sebagai satu profesion yang terbaik bagi mengendalikan isu gelandangan. Kompetensi yang ada pada pekerja sosial mampu memperkasakan golongan gelandangan ke arah kehidupan yang lebih baik dan sejahtera. Agensi yang menawarkan khidmat bantuan kepada golongan gelandangan perlu memastikan mereka mempunyai pekerja sosial yang terlatih dan berkemahiran tinggi dalam mengendalikan isu gelandangan, di samping dapat menyediakan pelan tindakan intervensi yang efektif dan akauntabiliti mengikut keperluan golongan gelandangan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Akauntabiliti; Gelandangan; Intervensi; Kompetensi; Pekerja social; Sokongan sosial |
Journal: | Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space |
ID Code: | 14184 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 07 Feb 2020 02:06 |
Last Modified: | 07 Feb 2020 11:39 |
Repository Staff Only: item control page