Mohd. Raiz Razuan, and Zaimah R., and Sarmila M.S., and Abd Hair Awang, (2019) Kualiti keusahawanan dalam kalangan usahawan kecil dan sederhana. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 15 (3). pp. 13-27. ISSN 2180-2491
|
PDF
424kB |
Official URL: http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1209
Abstract
Kualiti keusahawanan amat penting dalam menjamin kejayaan seseorang usahawan. Kualiti keusahawanan boleh diukur berdasarkan faktor keperibadian dan orientasi keusahawanan. Selain itu, pelbagai program pembangunan usahawan yang dilaksanakan oleh pihak berkepentingan boleh dijadikan kayu ukur kepada kualiti keusahawanan. Namun begitu, setiap usahawan tidak bersifat homogeneus kerana mereka mempunyai keperibadian, orientasi dan persekitaran yang berbeza antara satu sama lain. Objektif kajian adalah mengukur tahap kualiti keusahawanan dan mengenal pasti hubungan di antara faktor keperibadian, orientasi dan program pembangunan usahawan dengan kualiti keusahawanan yang dimiliki oleh usahawan kecil dan sederhana di Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA). Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kaedah survei. Sampel kajian adalah usahawan kecil dan sederhana yang berdaftar dengan KEJORA. Teknik persampelan rawak mudah digunakan dalam pemilihan sampel. Hasilnya, seramai 101 usahawan kecil dan sederhana terlibat dalam kajian ini. Instrumen pengutipan data adalah menggunakan borang soal selidik. Statistik diskriptif dan inferensi (korelasi Point-Biserial) digunakan bagi menjawab objektif kajian. Hasil kajian menunjukkan tahap kualiti keusahawanan usahawan adalah sederhana. Faktor keperibadian, orientasi dan program pembangunan usahawan didapati mempunyai hubungan dengan kualiti keusahawanan usahawan di KEJORA. Dalam pada itu, faktor orientasi didapati mempunyai hubungan paling penting dalam menetapkan tahap kualiti keusahawanan usahawan. Hal ini menunjukkan bahawa usahawan yang beroperasi di KEJORA mempunyai keupayaan keusahawanan sebenar. Sehubungan itu, pihak berkepentingan perlu memperbaiki program pembangunan sedia ada agar lebih menepati keperluan semasa usahawan di KEJORA. Golongan muda yang mempunyai kelulusan di peringkat universiti juga perlu digalakkan menjadi usahawan agar kualiti keusahawanan usahawan kecil dan sederhana boleh ditingkatkan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Inisiatif; Inovasi; Kolaborasi; Kualiti keusahawanan; Perniagaan; Usahawan |
Journal: | Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space |
ID Code: | 14187 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 10 Feb 2020 00:24 |
Last Modified: | 12 Feb 2020 13:54 |
Repository Staff Only: item control page