Kesedaran komuniti terhadap isu pencemaran sungai di Sungai Pinang, Pulau Pinang

Nur Syuhada Mustakim, and Muhammad Wafi Ramli, and Chan, Ngai Weng (2019) Kesedaran komuniti terhadap isu pencemaran sungai di Sungai Pinang, Pulau Pinang. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 15 (3). pp. 28-39. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
624kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1209

Abstract

Isu alam sekitar bukanlah merupakan suatu perkara yang asing lagi di negara ini terutamanya isu yang melibatkan pencemaran sungai. Pencemaran sungai akan menjejaskan sumber makanan, aktiviti ekonomi, keadaan kesihatan, dan sebagainya dalam kehidupan manusia. Objektif kajian ini ialah untuk membincangkan kesedaran komuniti dalam berhadapan dengan isu pencemaran Sungai Pinang dengan menggunakan indikator pengetahuan, kesan, dan tindakan. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif melalui borang soal selidik dengan melibatkan seramai 100 responden komuniti yang tinggal di kawasan Sungai Pinang. Para responden telah dipilih secara rawak mudah untuk terlibat dalam proses pengumpulan data. Dapatan data dianalisis untuk mendapatkan nilai frekuensi dan peratusan. Hasil kajian mendapati bahawa secara dominannya, sumber pengetahuan komuniti mengenai pencemaran Sungai Pinang ialah berdasarkan pemerhatian mereka sendiri, manakala pengetahuan mereka mengenai punca pencemaran Sungai Pinang yang dominan ialah hasil daripada aktiviti pembuangan sampah sarap. Bagi kesan pencemaran Sungai Pinang yang dominan ialah udara berbau busuk dan persekitaran kotor. Bagi tindakan mereka yang dominan terhadap pencemaran Sungai Pinang pula ialah memastikan pintu dan tingkap rumah sentiasa ditutup dan memasang jaring keselamatan di halaman rumah. Kajian ini berpotensi dalam memberi gambaran dan kefahaman kepada masyarakat untuk berdepan dengan isu pencemaran sungai. Di samping itu juga, diharap kajian ini berupaya untuk menjadi rujukan penting kepada pihak berwajib dalam merangka strategi dan intervensi yang holistik demi kesejahteraan hidup komuniti dan alam sekitar.

Item Type:Article
Keywords:Kesan; Kesedaran komuniti; Pencemaran sungai; Pengetahuan; Sungai Pinang; Tindakan
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:14188
Deposited By: ms aida -
Deposited On:10 Feb 2020 00:35
Last Modified:12 Feb 2020 13:55

Repository Staff Only: item control page