Kaedah tradisional dalam penghasilan beras oleh etnik Rungus

Johan Johnes, and Rosmiza M.Z., and Jabil Mapjabil, (2019) Kaedah tradisional dalam penghasilan beras oleh etnik Rungus. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 15 (3). pp. 40-56. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
804kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1209

Abstract

Pertanian secara konvensional yang bercirikan kaedah tradisional amalan daripada nenek moyang sehingga kini masih diamalkan dan menggambarkan kearifan tempatan komuniti orang asal di beberapa daerah di Sabah. Tujuan utama kajian ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti kaedah tradisional yang digunakan oleh etnik Rungus dalam penghasilan beras di daerah Pitas, Sabah. Selain itu, kajian turut meneliti elemen kearifan tempatan yang dimiliki oleh etnik Rungus dalam penghasilan beras di daerah ini. Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kualitatif menggunakan kaedah temu bual dan pemerhatian yang ditafsir menggunakan transkrip verbatim dan analisis deskriptif. Hasil kajian yang diperoleh adalah berkaitan kaedah penghasilan beras secara tradisional dalam etnik Rungus di Kampung Kibulu, Pitas. Antara proses secara berperingkat tersebut adalah proses mongogis/mongulok, mongogoui/monidang, proses monutu/mongogiling, mangatap dan moniri. Antara ilmu kearifan tempatan yang menarik dalam penghasilan beras oleh kumpulan etnik ini adalah berkenaan penggunaan alat dan kaedah pertanian yang unik dan mempunyai ciri tersendiri seperti penggunaan linggaman dalam proses menuai padi serta kaedah mengasingkan padi daripada sekam padi yang begitu unik dengan menggunakan bahan-bahan terpakai. Ilmu kearifan tempatan yang digunakan dalam penghasilan beras dalam etnik Rungus di kawasan kajian amat berguna sebagai ilmu pertanian manual sekiranya penggunaan teknologi seperti kilang padi mengalami kerosakan ataupun tidak beroperasi. Kajian ini juga dapat membantu dalam mengekalkan warisan kaedah tradisional penghasilan beras oleh etnik Rungus supaya dapat dipelajari oleh generasi akan datang.

Item Type:Article
Keywords:Etnik Rungus; Kaedah tradisional; Kearifan tempatan; Komuniti orang asal; Penghasilan beras; Pertanian
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:14189
Deposited By: ms aida -
Deposited On:10 Feb 2020 00:42
Last Modified:12 Feb 2020 13:56

Repository Staff Only: item control page