Cabaran dalam menguruskan pendatang asing tanpa izin di depot tahanan imigresen Malaysia

Nurina Awanis Mohamed, and Mohd Na’eim Ajis, and Zawiyah Md. Zain, (2019) Cabaran dalam menguruskan pendatang asing tanpa izin di depot tahanan imigresen Malaysia. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 15 (3). pp. 76-89. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
337kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1209

Abstract

Kebanyakan negara maju menggunakan pendekatan depot tahanan sebagai instrumen utama dalam mengawal dan mengusir pendatang asing tanpa izin (PATI). Instrumen ini turut dipraktikkan di negara-negara membangun, termasuklah Malaysia. Terdapat beberapa prosedur dan standard yang perlu dipatuhi oleh pihak kerajaan dalam menguruskan tahanan yang melibatkan PATI seperti yang termaktub dalam peruntukan undang-undang antarabangsa. Namun, peruntukan undang-undang tersebut kadang-kala sukar untuk dipenuhi disebabkan oleh beberapa kekangan dan masalah yang terpaksa dihadapi. Kertas kerja ini dilakukan bertujuan bagi meneliti cabaran yang terpaksa dihadapi dalam menguruskan PATI yang ditahan di depot tahanan imigresen. Penelitian kajian hanya tertumpu di depot tahanan Belantik di Sik, Kedah. Bagi mencapai objektif kajian ini, kaedah kualitatif berbentuk temu bual secara mendalam digunakan melibatkan beberapa pegawai di depot tahanan Belantik. Selain itu, kajian turut menggunakan kaedah perbincangan secara berkumpulan melibatkan 150 orang tahanan. Hasil temu bual mendapati bahawa terdapat lima cabaran yang dihadapi oleh pihak imigresen dalam menguruskan tahanan, iaitu menyediakan kemudahan penginapan, proses mengenal pasti identiti tahanan, kesukaran untuk berkomunikasi dengan tahanan, sistem teknologi yang terhad dan sering mengalami masalah ketiadaan bekalan air. Kesimpulannya, kerajaan perlu membuat pemantauan di setiap depot tahanan dari semasa ke semasa bagi memastikan pihak depot tahanan tidak menghadapi sebarang masalah kritikal. Hal ini sekaligus dapat memenuhi standard seperti yang telah diperuntukkan dalam undang-undang hak asasi antarabangsa.

Item Type:Article
Keywords:Cabaran; Depot tahanan; Pendatang asing tanpa izin; Pengurusan; Tahanan; Undang-undang antarabangsa
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:14191
Deposited By: ms aida -
Deposited On:10 Feb 2020 03:46
Last Modified:12 Feb 2020 14:00

Repository Staff Only: item control page