Mahani Amat, and Suraiya Ishak, (2019) Faktor PSiKKIT: pendorong inovasi pembungkusan dalam kalangan Industri Kecil dan Sederhana berasaskan perusahaan makanan. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 15 (3). pp. 90-103. ISSN 2180-2491
|
PDF
370kB |
Official URL: http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1209
Abstract
Pembungkusan produk makanan memainkan peranan penting untuk menarik pengguna. Terdapat banyak produk berkualiti yang telah dihasilkan usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS), tetapi, gagal masuk ke pasaran luar. Hal ini disebabkan oleh penampilan pembungkusan yang kurang menarik dan pembungkusan yang tidak mencapai piawaian yang ditetapkan. Selain itu, penggunaan bahan pembungkusan yang tidak tepat dan kaedah pembungkusan yang tidak efektif mengurangkan jangka hayat produk. Oleh itu, penting bagi usahawan IKS untuk mempunyai ciri pembungkusan yang berinovatif bagi meningkatkan jualan dan jangka hayat produk. Keupayaan inovasi pembungkusan dijangka didorong oleh faktor PSiKKIT iaitu pengetahuan, sikap, kesedaran, kewangan, jaringan institusi dan teknologi. Fokus kajian ini adalah menganalisis kajian literatur yang lalu mengenai faktor-faktor PSiKKIT yang mendorong usahawan untuk menghasilkan pembungkusan yang berinovasi. Dapatan kajian mendapati, faktor PSiKKIT boleh mendorong usahawan IKS untuk lebih kreatif dan berinovasi di dalam pembungkusan makanan. Pengaruh PSiKKIT adalah sejajar dengan aplikasi hujah teori Tingkah laku dirancang (TPB) bagi meramalkan tingkah laku yang disengajakan. Tingkah laku boleh dirancang dengan beranggapan bahawa perilaku manusia berlaku dalam keadaan yang sedar dan mempertimbangkan segala informasi yang tersedia. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa faktor PSiKKIT boleh dijadikan sebagai alat untuk memotivasikan usahawan IKS menghasilkan pembungkusan produk yang berinovatif bagi meningkatkan prestasi pasaran dengan lebih strategik. Selain itu, maklumat yang diperoleh daripada kesusasteraan telah meningkatkan pemahaman dengan lebih mendalam mengenai bagaimana TPB dapat diintegrasikan dalam bidang pemasaran.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Amalan; Inovasi; Pembungkusan; Pengetahuan; Teori Tingkah Laku Dirancang (TPB); Usahawan IKS |
Journal: | Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space |
ID Code: | 14192 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 10 Feb 2020 03:55 |
Last Modified: | 12 Feb 2020 14:00 |
Repository Staff Only: item control page