Dilema majikan dalam isu menggaji pekerja tempatan atau pekerja asing di Malaysia: perspektif majikan

Nurina Awanis Mohamed, and Mohd Na’eim Ajis, and Zawiyah Md. Zain, (2019) Dilema majikan dalam isu menggaji pekerja tempatan atau pekerja asing di Malaysia: perspektif majikan. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 15 (3). pp. 136-147. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
233kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1209

Abstract

Sikap majikan yang cenderung menggaji pekerja asing menimbulkan perdebatan dalam kalangan masyarakat. Terdapat sesetengah pihak mendakwa bahawa majikan tidak sepatutnya menggaji pekerja asing kerana pekerjaan yang ditawarkan mampu dikerjakan rakyat tempatan. Manakala, sesetengah pihak pula mendakwa bahawa majikan perlu menggaji pekerja asing disebabkan oleh faktor keengganan rakyat tempatan untuk terlibat dalam sektor pekerjaan 3D (Dirty, Dangerous, Difficult). Oleh demikian, artikel ini dijalankan bertujuan bagi meneroka permasalahan yang wujud dalam kalangan majikan mengenai isu menggaji pekerja. Selain itu, kajian turut meneliti tentang faktor kecenderungan penggajian pekerja asing berbanding pekerja tempatan dalam kalangan majikan. Bagi mencapai objektif kajian ini, kaedah kualitatif berbentuk temu bual secara mendalam digunakan melibatkan 10 orang pegawai yang terlibat dalam menguruskan penggajian pekerja asing. Hasil temu bual mendapati bahawa komitmen yang tinggi, kadar upah yang berpatutan, sikap tidak memilih pekerjaan dan taraf pendidikan yang rendah dalam kalangan pekerja asing menjadi faktor utama pihak majikan gemar menggaji pekerja asing berbanding pekerja tempatan. Kesimpulannya, pekerja asing diperlukan bagi membantu merancakkan ekonomi negara, namun penggajian pekerja asing yang tidak terkawal boleh memberi impak negatif bukan sahaja terhadap masyarakat malah mengancam keselamatan negara.

Item Type:Article
Keywords:Faktor kecenderungan; Majikan; Pekerja asing; Pekerja tempatan; Permasalahan; Sektor pekerjaan 3D
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:14195
Deposited By: ms aida -
Deposited On:10 Feb 2020 04:39
Last Modified:12 Feb 2020 14:03

Repository Staff Only: item control page