Pengetahuan agropreneur terhadap potensi sisa substrat cendawan dan kaedah pengurusan lepas tuai tanaman cendawan

Rosmiza M.Z., and Juliana Mah Hussin, and Mimi Halida Ghazali, (2019) Pengetahuan agropreneur terhadap potensi sisa substrat cendawan dan kaedah pengurusan lepas tuai tanaman cendawan. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 15 (3). pp. 148-162. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
304kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1209

Abstract

Konsep pembangunan pertanian mampan memberi keutamaan terhadap pertimbangan alam sekitar, pembangunan ekonomi dan keperluan sosial dalam proses pengeluaran hasil tani. Proses ini melibatkan pengurusan tanaman sehinggalah lepas tuai yang perlu diurus secara mesra alam. Merujuk kepada tanaman cendawan, ianya merupakan sejenis tanaman yang mesra alam kerana substrat pertumbuhannya terdiri daripada sisa pertanian lain, manakala sisa lepas tuai iaitu sisa substrat cendawan (SMS) boleh digunakan semula untuk pembangunan aktiviti huluan dan hiliran. Pengurusan tanaman secara tidak mesra alam memberi impak negatif terhadap persekitaran tani seperti pencemaran udara dan bau. Oleh itu, kajian dilakukan untuk menilai tahap pengetahuan agropreneur terhadap potensi penggunaan semula SMS dan kaedah pengurusan lepas tuai tanaman yang diamalkan. Gabungan kaedah kuantitatif (survei) dan kualitatif (temu bual) dijalankan ke atas agropreneur yang mengusahakan tanaman cendawan secara komersil di Kedah (36 agropreneur) dan Johor (42 agropreneur). Hasil kajian mendapati majoriti agropreneur mengetahui SMS boleh digunakan semula sebagai baja kompos, substrat semaian tanaman dan vermikompos. Namun begitu, kaedah pengurusan lepas tuai yang dipraktikkan oleh agropreneur adalah secara tidak mesra alam iaitu melonggokkan SMS dan sisa beg cendawan di tempat pembuangan yang terbuka dan tidak teratur ataupun dibakar secara terbuka. Hal ini menyebabkan berlakunya pencemaran ke atas persekitaran tani. Oleh itu, pendedahan terhadap konsep penjanaan kekayaan daripada sisa buangan dan perniagaan tani secara hijau perlu diterapkan kepada agropreneur melalui pembangunan aktiviti hiliran. Aktiviti ini berupaya meningkatkan pendapatan agropreneur melalui pengurangan kos pembelian input, penjanaan pendapatan sampingan serta pemeliharaan persekitaran tani melalui pengurusan tanaman cendawan secara mesra alam.

Item Type:Article
Keywords:Agropreneur; Cendawan; Mesra alam; Pengurusan lepas tuai; Persekitaran tani; Sisa substrat cendawan
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:14196
Deposited By: ms aida -
Deposited On:10 Feb 2020 04:48
Last Modified:12 Feb 2020 14:06

Repository Staff Only: item control page