Variasi leksikal dialek Melayu di negeri Kedah: kajian geolinguistik

Fazal Mohamed Mohamed Sultan, and Amir Imran Jamil, (2019) Variasi leksikal dialek Melayu di negeri Kedah: kajian geolinguistik. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 15 (4). pp. 16-29. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
811kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1226

Abstract

Data linguistik sesebuah dialek boleh digabungkan dengan teknologi terkini iaitu teknologi Geographical Information System (GIS) untuk menghasilkan sebuah peta dialek. Hasil gabungan di antara data dialek dengan teknologi ini membolehkan satu gambaran sempadan dialek dilakarkan dengan lebih tepat. Justeru, teknologi Geographical Information System (GIS) ini diguna pakai dalam artikel ini untuk menghasilkan peta variasi dialek Melayu di Kedah. Kajian geolinguistik ini bermula dengan pengumpulan data leksikal yang dibuat menerusi kajian lapangan di 135 buah kampung di 11 mukim di negeri Kedah berdasarkan kaedah soal selidik dan rakaman. Seramai 892 responden yang terdiri daripada generasi tua dan muda disoal selidik. Kajian ini juga mengaplikasikan penggunaan teknologi yang berbantukan GIS iaitu ArcGIS dalam menjana peta penyebaran leksikal bagi dialek Melayu di negeri Kedah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa taburan bagi leksikal ‘punggung’ dan ‘kerbau’ sebenarnya mempunyai polanya yang tersendiri. Hal ini dapat dikukuhkan lagi dengan pembuktian GIS iaitu maklumat-maklumat geografi atau bentuk muka bumi seperti sungai, paya, gunung, bukit dan hutan boleh menjadi faktor penentu kepada penyebaran dialek Melayu di Kedah. Keadaan ini menunjukkan bahawa penyebaran leksikal bagi sesuatu dialek akan mudah tersebar sekiranya terdapat ruang (spatial) yang memudahkannya tersebar ke kawasan yang berhampiran. Hasilnya, satu pemetaan isoglos baru berjaya dipetakan bagi memperlihatkan variasi leksikal dialek Melayu di Kedah dengan tepat.

Item Type:Article
Keywords:Dialek; Geo-linguistik; GIS; Isoglos; Kedah; Variasi leksikal
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:14199
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Feb 2020 02:56
Last Modified:12 Feb 2020 14:10

Repository Staff Only: item control page