Aplikasi GIS dalam mengenal pasti kawasan hot spot jenayah harta benda di Kuching, Sarawak

Norita Jubit, and Tarmiji Masron, and Mohd Norarshad Nordin, and Danggat Chabo, (2019) Aplikasi GIS dalam mengenal pasti kawasan hot spot jenayah harta benda di Kuching, Sarawak. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 15 (4). pp. 30-49. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
944kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1226

Abstract

Jenayah harta benda merupakan kategori jenayah indeks yang lebih kerap dilaporkan berlaku di Malaysia berbanding jenayah kekerasan. Kuching antara daerah yang mencatat kes jenayah harta benda tertinggi berbanding daerah-daerah lain di Sarawak dalam tempoh 2015-2017. Objektif kajian ini adalah mengenal pasti kawasan hot spot jenayah harta benda di Kuching, Sarawak. Hipotesis null kajian ini ialah tiada pengelompokan ruangan yang wujud bagi nilai-nilai yang serupa. Dalam kajian ini data jenayah harta benda 2015-2017 telah dianalisis menggunakan Getis-Ord Gi* melalui aplikasi ArcMap 10.3. Dapatan menunjukkan bahawa terdapat 5 sektor balai yang diklasikasifikasikan sebagai kawasan hot spot jenayah harta benda dalam tempoh dua tahun iaitu 2015 hingga 2016 yang melibatkan sektor di bawah pengawasan balai polis Gita, Satok dan Sekama. Pada tahun berikutnya iaitu tahun 2017 analisis mendapati kawasan hot spot telah berkurang kepada 4 sektor hot spot iaitu di bawah pengawasan balai polis Gita, Sekama dan Padungan. Hasil kajian menunjukkan bahawa analisis Getis-Ord Gi* adalah sesuai untuk mengenal pasti isu yang ingin dikaji kerana teknik ini membantu mengesan kawasan hot spot yang mempunyai nilai yang signifikan secara statistik. Melalui kajian ini kawasan hot spot jenayah harta benda di Kuching Sarawak dapat dikenalpasti yang sekali gus membolehkan pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengambil tindakan bagi mencegah jenayah harta benda di kawasan hot spot serta dapat mewujudkan sebuah bandar yang selamat didiami. Di samping itu, kajian ini juga membantu mendedahkan perubahan hot spot jenayah harta benda dan membolehkan penilaian ke atas keberkesanan langkah-langkah pencegahan jenayah di kawasan kajian.

Item Type:Article
Keywords:GIS; Getis-Ord Gi*; Hot spot; Jenayah harta benda; Nilai p; Z skor
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:14200
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Feb 2020 03:05
Last Modified:12 Feb 2020 14:12

Repository Staff Only: item control page