Penyertaan orang Asli dalam aktiviti eko-pelancongan di Tasik Chini, Pahang, Malaysia

Zanisah Man, and Yeoh, En Ne (2019) Penyertaan orang Asli dalam aktiviti eko-pelancongan di Tasik Chini, Pahang, Malaysia. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 15 (4). pp. 50-63. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
283kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1226

Abstract

Transformasi ekonomi global dan lokal yang menjurus kepada sektor perindustrian dan teknologi bagi tujuan pembangunan ekonomi telah mengakibatkan komuniti minoriti seperti orang asli untuk tidak boleh lagi hanya bergantung kepada hasil hutan sebagai sumber pendapatan. Sehubungan itu komuniti Orang Asli daripada suku Jakun di Tasik Chini, Pahang telah melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pelancongan dengan menubuhkan rumah penginapan seperti Kijang Mas Gumum Chalet, Rajan Jones Guest House dan Wira Gumum Resorts atas modal persendirian dan bantuan kerajaan. Temubual mendalam dengan bekas dan pengusaha rumah tumpangan serta pemimpin tempatan telah dilakukan bagi mengenalpasti cabaran pelancongan di Tasik Chini. Data yang diperolehi daripada ketua atau wakil isirumah di lima buah kampung Orang Asli pada tahun 2017 telah dibandingkan dengan data Pelan Strategik Tasik Chini pada tahun 2010 bagi melihat pergantungan komuniti terhadap sumber semulajadi di Tasik Chini. Kajian mendapati, penyertaan komuniti Jakun dalam program eko-pelancongan termasuk penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar adalah sangat positif. Akan tetapi, kesediaan Tasik Chini untuk menawarkan sebuah destinasi pelancongan yang mampu menarik perhatian pelancong dari dalam dan luar negara semakin ampuh disebabkan oleh kemerosotan alam sekitar yang semakin meruncing. Kesiapsiagaan komuniti Jakun dalam mengendalikan aktiviti pelancongan dan isu pemilikan tanah bagi tapak pelancongan juga menjadi cabaran utama keberdayasaingan eko-pelancongan di kawasan ini. Oleh itu, kajian ini mencadangkan supaya kerjasama antara komuniti dan agensi-agensi yang berwibawa amat perlu untuk menangani masalah alam sekitar di Tasik Chini. Aktiviti eko-pelancongan yang berasaskan kebudayaan Orang Asli serta berunsurkan konsep homestay dan kampungstay perlu dilaksanakan bagi meningkatkan kembali minat pelancong ke kawasan ini.

Item Type:Article
Keywords:Orang Asli; Eko-pelancongan Orang Asli; Penglibatan Orang Asli; Tasik Chini; Kemerosotan alam sekitar
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:14201
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Feb 2020 03:13
Last Modified:12 Feb 2020 14:13

Repository Staff Only: item control page