Keberkesanan Geographic Information System (GIS) dalam mencungkil minat pelajar terhadap mata pelajaran Geografi di sekolah menengah

Ganesan Mayalagu, and Mokhtar Jaafar, and Lam, Kuok Choy and Mohd Izwan Mahmud, (2019) Keberkesanan Geographic Information System (GIS) dalam mencungkil minat pelajar terhadap mata pelajaran Geografi di sekolah menengah. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 15 (4). pp. 64-79. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
635kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1226

Abstract

Kemajuan teknologi dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) abad ke-21 amat dititikberatkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Senario kini, mata pelajaran Geografi di Malaysia semakin terpinggir khususnya bagi peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan minat pelajar terhadap mata pelajaran ini turut semakin berkurang. Justeru, penggunaan Geographic Information System (GIS) dalam PdPc Geografi dilihat sebagai satu wadah baharu dalam meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran Geografi di sekolah. Dalam kajian ini reka bentuk penyelidikan eksperimen tulen digunakan yang melibatkan Kumpulan Eksperimen (KE); dengan intervensi teknologi geospatial dan Kumpulan Kawalan (KK); dengan kaedah konvensional dalam PdPc digunakan. Kajian ini turut menguji keberkesanan penggunaan GIS berasaskan modul GIS-KBR dalam meningkatkan minat para pelajar terhadap mata pelajaran Geografi. Hasil analisis ANCOVA satu hala pada aras signifikan .05 menunjukkan terdapat perbezaan signifikan skor ujian pasca bagi pemboleh ubah minat. Hasil dapatan turut menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi ujian pasca antara kumpulan KE dan KK. Tuntasnya, hasil kajian menunjukkan bahawa pelaksanaan aktiviti GIS berasaskan modul GIS-KBR ini meningkatkan minat dalam kalangan pelajar Geografi berdasarkan pembuktian tahap minat kumpulan eksperimen yang lebih tinggi berbanding dengan kumpulan kawalan.

Item Type:Article
Keywords:Geografi; GIS; Modul GIS-KBR; Minat pelajar; PdPc abab ke 21; Teknologi geospatial
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:14202
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Feb 2020 03:24
Last Modified:12 Feb 2020 14:17

Repository Staff Only: item control page