Persaingan PRU ke-14 di Pahang: pengekalan status quo melalui pertembungan tiga penjuru

Muhamad Nadzri Mohamed Noor, (2019) Persaingan PRU ke-14 di Pahang: pengekalan status quo melalui pertembungan tiga penjuru. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 15 (4). pp. 122-136. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
328kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1226

Abstract

Strategi memecahkan undi pihak pembangkang oleh pihak penyandang Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) bukan lagi satu misteri. Matlamat penyandang adalah untuk memenangi kawasan legislatif sebanyak yang mungkin, sekurang-kurangnya secara pluraliti. Strategi ini walau bagaimanapun tidak menjadi di kesemua negeri di Semenanjung kecuali di Perlis dan Pahang. Objektif artikel ini, untuk itu adalah untuk menganalisis kedinamikan persaingan tiga penjuru dan hubungkaitnya dengan faktor kewilayahan dalam PRU 2018 di Pahang. Artikel ini juga mengenal pasti beberapa implikasi sistem pilihan raya pelbagai parti di negeri itu. Berdasarkan kaedah pemerhatian langsung dan laporan media, artikel ini menghujahkan, meskipun strategi pertembungan tiga penjuru telah mengekalkan status quo di Pahang, tetapi corak pengundian yang menolak BN di negeri itu adalah hampir sama di negeri-negeri lain di Semenanjung. Hal ini menperjelaskan mengapa kerusi BN di Pahang khasnya kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pahang semakin berkurangan dengan ketara di dalam PRU 14, dan pihak pencabar hanya kekurangan beberapa kerusi sahaja untuk menafikan majoriti BN. Malah persaingan tiga penjuru telah mengelakkan BN daripada kalah dengan lebih teruk di peringkat parlimen disamping mempertahankan kedudukannya sebagai kerajaan negeri di Pahang. Artikel ini berharap untuk menambah korpus ilmu secara khusus di dalam politik pilihan raya Pahang dan perspektif regionalisme dalam memahami politik Malaysia secara amnya.

Item Type:Article
Keywords:Barisan Nasional; Pakatan Harapan; PRU ke-14 Pahang; Persaingan tiga penjuru; Regionalism
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:14206
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Feb 2020 04:11
Last Modified:12 Feb 2020 14:20

Repository Staff Only: item control page