Transformasi memajukan industri kecil dan sederhana (IKS) di kalangan wanita luar bandar

Zurinah Tahir, and Jalaluddin Abdul Malek, and Sivapalan Selvadurai, and Yusof Hussain, (2019) Transformasi memajukan industri kecil dan sederhana (IKS) di kalangan wanita luar bandar. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 15 (4). pp. 151-162. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
290kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1226

Abstract

Kesedaran komuniti setempat tentang pentingnya keterlibatan wanita luar bandar dalam Industri Kecil dan Sederhana (IKS) sangat membantu negara dalam memajukan ekonomi negara. Sememangnya tidak dapat dinafikan, ramai golongan wanita di negara ini telah menyumbang dalam pembangunan ekonomi negara, maka langkah pemerkasakan ekonomi wanita luar bandar penting bukan sahaja dalam ekonomi malah untuk meningkatkan kesejahteraan hidup. Oleh itu, kajian ini memfokuskan kemajuan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang menyumbang kepada pendapatan wanita luar Bandar di Jelebu Negeri Sembilan dengan menganalisis strategi ke arah memajukan lagi sektor IKS. Kajian ini menggunakan kaedah kuantatif yang melibatkan seramai 152 responden. Hasil dapatan kajian mendapati strategi ‘Mencari peluang yang ada’ dan ‘Berusaha untuk meningkatkan perniagaan’ adalah amat penting dalam kesedaran di kalangan wanita luar bandar untuk memajukan sektor IKS. Strategi memperkasa kemajuan IKS penting dalam memberi ruang kepada golongan wanita daripada pelbagai latarbelakang untuk perkongsian idea, pengalaman serta aspirasi dan secara tidak langsung mempromosikan produk sama ada di peringkat tempatan mahupun peringkat global. Sememangnya banyak produk yang dihasilkan daripada sektor IKS adalah bermutu tinggi. Apabila ada strategi dan langkah memperkasa ini dilaksanakan serta bantuan daripada agensi kerajaan, diyakini produk IKS ini akan dapat dipasarkan secara meluas. Keadaan ini sudah tentu memberi peluang kepada usahawan wanita untuk mengetahui peluang yang wujud di sekeliling bagi mengembangkan lagi perniagaan ke arah peringkat global dan akhirnya menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.Development in this manner could enable women entrepreneurs to be aware of the opportunities available for the expansion of their businesses globally, ultimately contributing to the development of the national economy.

Item Type:Article
Keywords:Ekonomi; Industri kecil dan sederhana (IKS); Luar bandar; Pembangunan; Transformasi; Wanita
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:14208
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Feb 2020 04:39
Last Modified:12 Feb 2020 14:23

Repository Staff Only: item control page