Pandangan guru dan murid terhadap pengaplikasian Story Map GIS dalam mata pelajaran Sejarah STPM

Shuhaida Abdul Malek, and Mokhtar Jaafar, and Kadaruddin Aiyub, (2019) Pandangan guru dan murid terhadap pengaplikasian Story Map GIS dalam mata pelajaran Sejarah STPM. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 15 (4). pp. 163-178. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
451kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1226

Abstract

Mata pelajaran sejarah dianggap mata pelajaran yang membosankan dalam kalangan murid. Ini berlaku kerana kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru tidak dapat menarik minat murid untuk mempelajari mata pelajaran tersebut. Kaedah ‘chalk and talk’ rata-rata masih diamalkan di kebanyakan sekolah dan murid menghafal fakta Sejarah semata-semata untuk dimuntahkan semasa peperiksaan dijalankan. Kajian ini bertujuan untuk meneroka persepsi guru dan murid terhadap pengaplikasian Story Map GIS dalam mata pelajaran Sejarah. Kajian ini merupakan sebuah kajian kualitatif yang melibatkan tiga orang guru dan 30 orang murid tingkatan enam sebagai informan di tiga buah sekolah. Temu bual mendalam telah dijalankan terhadap tiga orang guru tersebut dan temu bual kumpulan berfokus dijalankan terhadap murid-murid yang dibahagikan kepada enam kumpulan. Selain itu, pengkaji turut membuat pemerhatian dan menjalankan analisis dokumen terhadap hasil kerja Story Map GIS murid. Pengumpulan data dibuat dalam tiga fasa iaitu fasa perbengkelan, fasa pembentangan dan ketika temu bual dijalankan. Pengkaji telah menjalankan analisis tematik bagi menjawab persoalan kajian menggunakan aplikasi ATLAS.ti. Hasil kajian ini mendapati majoriti guru dan murid-murid mempunyai persepsi yang positif terhadap pengaplikasian Story Map GIS dalam mata pelajaran Sejarah STPM. Aplikasi Story Map GIS sesuai untuk diaplikasi di peringkat menengah dan dapat menarik perhatian murid terhadap mata pelajaran Sejarah. Pengenalan terhadap aplikasi Story Map GIS dalam mata pelajaran sejarah dapat menarik minat murid terhadap pembelajaran sejarah dan pada masa yang sama memperkenalkan konsep ruang kepada mereka.

Item Type:Article
Keywords:GIS; Mata pelajaran Sejarah; Pandangan; Penceritaan; Story Map; STPM
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:14209
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Feb 2020 04:46
Last Modified:12 Feb 2020 14:23

Repository Staff Only: item control page