Integriti akademik dalam kalangan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Nur Hafizah Yusoff, (2019) Integriti akademik dalam kalangan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 15 (4). pp. 179-190. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
265kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1226

Abstract

Integriti merupakan konsep yang penting terutamanya membentuk sebuah masyarakat yang harmoni. Banyak kajian dilakukan terutamanya di Malaysia yang dilakukan berkaitan dengan isu integriti lebih memfokuskan kepada isu integriti di tempat kerja khususnya dalam kalangan penjawat awam. Walhal, integriti bukan sahaja berkisar tentang sektor pekerjaan semata-mata. Oleh yang demikian, artikel ini akan membincangkan mengenai integriti akademik dalam kalangan mahasiswa. Integriti akademik juga semakin meruncing kini kerana dengan kemudahan teknologi telah memudahkan pelajar untuk mengakses maklumat dan terlibat dalam plagriasm. Seseorang pelajar seharusnya perlu memiliki integriti yang tinggi bagi mencapai kejayaan. Oleh itu kajian ini dilaksanakan untuk mengkaji integriti akademik dalam kalangan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi. Kajian ini bertujuan meneliti tahap pemahaman mahasiswa mengenai konsep integriti secara umum dan tahap integriti akademik dalam kalangan mahasiswa. Kajian ini akan memfokuskan kepada pelajar ijazah sarjana muda yang sedang melanjutkan pelajaran di UKM, Bangi. Data dipersembahkan secara deskriptif frekuansi iaitu melalui frekuensi dan peratusan. Hasil daripada kajian yang telah dilakukan masih terdapat pelajar yang tidak memahami konsep integriti dan terdapat mahasiswa yang terlibat dalam pelanggaran integriti akademik samada secara sedar ataupun tidak. Kesimpulannya, isu integriti akademik dalam kalangan mahasiswa sememangnya ada dan jika tidak dipandang serius dan tidak diatasi, ianya akan membawa kepada potensi untuk mahasiswa ini terlibat dalam pelanggaran integriti di tempat kerja kelak.

Item Type:Article
Keywords:Integriti; Ontegriti akademik; Mahasiswa; Plagiarism; Sosiologi; Tingkah laku devian
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:14210
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Feb 2020 07:20
Last Modified:12 Feb 2020 14:24

Repository Staff Only: item control page