Pendekatan kualitatif untuk memahami kualiti hidup masyarakat orang asli di Pahang

Yew, Vivien W.C. and Saiful Farisin Md Ramlan, and Mohd Rusydi Ahmad, (2019) Pendekatan kualitatif untuk memahami kualiti hidup masyarakat orang asli di Pahang. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 15 (4). pp. 191-205. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
428kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1226

Abstract

Kualiti hidup komuniti Orang Asli di Semenanjung Malaysia secara amnya lebih terpinggir berbanding dengan penduduk Malaysia secara keseluruhannya. Pelbagai usaha telah dijalankan yang hanya memfokuskan kepada petunjuk kualiti hidup universal yang lazim untuk keseluruhan rakyat Malaysia, tetapi tiada spesifikasi khusus kepada kualiti hidup Orang Asli selain terhadnya sumber maklumat yang khusus mengenai kriteria kualiti hidup Orang Asli di Semenanjung Malaysia. Justeru, kajian ini bertujuan untuk membangunkan kriteria yang spesifik dan khusus terhadap kualiti hidup komuniti Orang Asli. Makalah ini merupakan satu kajian kes yang telah dijalankan di Kampung Orang Asli Sungai Tekai, Pahang. Kajian kualitatif dijalankan melalui temu bual mendalam melibatkan 16 informan yang terdiri daripada penduduk kampung tersebut. Hasil kajian menunjukkan terdapat empat aspek kualiti hidup yang membentuk kriteria kepada kualiti hidup komuniti Orang Asli iaitu i) infrastruktur dan utiliti asas; ii) sosioekonomi; iii) pendidikan dan iv) kesihatan. Secara keseluruhannya, analisa data pada hasil kajian memperlihatkan kriteria-kriteria pentafsiran terhadap kualiti hidup masyarakat Orang Asli iaitu pilihan pondok buluh sebagai ruang keluarga yang selesa, hasil hutan sebagai mata pencarian, pendidikan asas 3M (membaca, menulis dan mengira) dan perubatan moden sebagai pilihan utama dalam penjagaan dan perawatan kesihatan.

Item Type:Article
Keywords:Kesejahteraan; Kualiti hidup; Orang Asli; Pembangunan komuniti; Semenanjung Malaysia; Sosioekonomi
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:14211
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Feb 2020 07:28
Last Modified:12 Feb 2020 14:25

Repository Staff Only: item control page