Mashrom Muda, (2019) Pandangan pesakit wanita HIV terhadap kematian. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 15 (4). pp. 206-219. ISSN 2180-2491
|
PDF
548kB |
Official URL: http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1226
Abstract
Penularan wabak Human Immunodeficiency Virus (HIV) dan Acquired Immune Deficiency Syndrome (AIDS) yang melibatkan kaum wanita di seluruh dunia kini menjadi kebimbangan baharu kerana peningkatan bilanganya setiap tahun. Di Malaysia, penularan wabak ini juga turut meningkat terutamanya yang melibatkan golongan suri rumah dan gadis remaja. Golongan wanita berisiko tinggi menyebarkan HIV positif kepada orang lain melalui hubungan seks (suami HIV negatif) dan bayi dalam kandungan. Wanita yang dijangkiti HIV positif mempunyai pandangan yang berbeza terhadap apa yang berlaku dan kebanyakan pandangan-pandangan ini bersifat negatif. ‘Kematian’ adalah pandangan yang paling banyak diperkatakan oleh wanita yang menghidap HIV positif. Pandangan-pandangan yang diberikan oleh penghidap wanita ini memerlukan satu perbincangan tentang mengapa mereka beranggapan sedemikian. Sehubungan dengan itu, artikel ini bertujuan untuk membincangkan bentuk-bentuk pandangan oleh wanita Melayu setelah disahkan sebagai penghidap HIV positif. Kajian ini menggunakan data primer dan data sekunder. Data primer diperoleh melalui temubual secara mendalam kepada 20 orang informan terdiri daripada wanita telah dijangkiti HIV positif yang menetap di sekitar Besut (Terengganu), Pasir Puteh, Bachok dan Kota Bharu (Kelantan). Manakala data sekunder berbentuk kajian lepas, jurnal-jurnal dan statistik telah digunakan. Kajian ini mendapati bahawa, rata-rata informan memberi pandangan negatif dan mengaitkan HIV positif dengan ‘kematian’ serta perkara negatif lain seperti jangkitan ‘orang benci’, ‘orang hina’ dan ‘orang malu’. Kekurangan maklumat atau mendapat maklumat yang salah menjadi punca kepada pandangan ini. Baik atau buruk pandangan oleh penghidap boleh mempengaruhi proses pemulihan dan pemerkasaan diri mereka.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | HIV positif; Kematian; Pandangan; Sumber maklumat; Pengetahuan; Wanita |
Journal: | Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space |
ID Code: | 14212 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 11 Feb 2020 07:35 |
Last Modified: | 14 Feb 2020 22:54 |
Repository Staff Only: item control page