Faktor-faktor penentu harga rumah dari perspektif pemaju perumahan

Azima Abdul Manaf, and Goh, Ie Zheng (2019) Faktor-faktor penentu harga rumah dari perspektif pemaju perumahan. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 15 (4). pp. 246-260. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
402kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1226

Abstract

Peningkatan harga rumah telah menjadi isu yang sangat serius di Malaysia. Peningkatan harga yang berterusan telah mengakibatkan ramai dalam kalangan pembeli tidak mampu untuk membeli rumah. Seringkali peningkatan harga ini dikaitkan dengan pengaruh faktor permintaan dan penawaran harga rumah. Pelbagai langkah telah diambil bagi mengekang kenaikan harga rumah dengan tujuan membolehkan pembeli memiliki rumah. Namun kenaikan harga seolah-olah tidak mampu dibendung. Persoalannya apakah faktor yang menjadi penentu perletakan harga rumah oleh pihak pemaju? Oleh itu, tujuan artikel ini adalah untuk membincangkan faktor penentu yang digunakan oleh pihak pemaju dalam meletakkan harga rumah oleh syarikat pembinaan mereka. Sehubungan itu soal selidik telah diedarkan dalam kalangan 76 pemaju projek pembinaan di kawasan kajian. Maklumbalas daripada pemaju telah dianalisis menggunakan analisis deskriptif dengan menggunapakai skor min bagi setiap faktor. Tujuannya adalah untuk mengenalpasti faktor yang menjadi penentu kepada peletakan harga sesebuah unit kediaman oleh pihak pemaju. Faktor perletakan harga oleh pemaju perumahan telah dibahagikan kepada dua faktor utama iaitu faktor dalaman dan faktor luaran. Analisis dapatan kajian mendapati terdapat beberapa faktor yang menjadi faktor penentu perletakan harga rumah oleh pemaju di kawasan kajian. Bagi faktor dalaman, faktor jarak atau lokasi, persekitaran sosial, rekabentuk struktur rumah, spekulasi, status fizikal dan faktor keselamatan merupakan antara faktor yang digunakan oleh pemaju dalam menentukan harga sebuah unit yang dibina. Manakala bagi faktor luaran, didapati kadar pinjaman, penggunaan teknologi hijau, penggunaan mesra alam serta cukai perumahan telah mempengaruhi penentuan perletakan harga oleh pemaju. Bagi menangani masalah kenaikan harga yang berterusan, pelbagai langkah yang berkait dengan keperluan dan kemampuan pengguna perlu diambilkira dalam projek pembinaan perumahan.

Item Type:Article
Keywords:Faktor dalaman; Faktor luaran; Harga rumah; Pemaju; Perspektif pemaju perumahan
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:14215
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Feb 2020 07:51
Last Modified:14 Feb 2020 22:58

Repository Staff Only: item control page