Kamarudin Ismail, and Rosnah Ishak, and Kho, Fanny Chee Yuet and Siti Hajar Kamaruddin, (2019) Komuniti pembelajaran profesional sebagai budaya kolaborasi profesional sekolah: teori dan amalan. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 15 (4). pp. 261-273. ISSN 2180-2491
|
PDF
343kB |
Official URL: http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1226
Abstract
Budaya pengasingan guru telah menjadi tradisi dalam sistem pendidikan di kebanyakan negara. Walau bagaimanapun, budaya ini dikatakan tidak berupaya meningkatkan pencapaian murid khususnya dalam arus sistem pendidikan yang semakin kompleks. Kini, reformasi terhadap sistem pendidikan melalui kolaborasi menjadi satu keperluan bagi menghadapi persaingan pendidikan di peringkat global. Namun, beberapa kajian mendapati budaya kolaborasi profesional agak sukar dibentuk dalam komuniti pembelajaran profesional. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menganalisis dan membincangkan kajian terkini tentang budaya kolaborasi melalui komuniti pembelajaran profesional. Kajian ini adalah berbentuk sintesis penyelidikan secara kualitatif. Kerangka teori yang dirujuk dalam kajian ini adalah berdasarkan Teori Aktiviti Budaya dan Sejarah (Cultural Historical Activity Theory). Fokus kajian adalah ke atas kolaborasi guru sekolah dan sumber data diperoleh daripada artikel dan buku yang diterbitkan. Hasil kajian ini telah menemukan enam tema utama. Tema tersebut ialah kepentingan budaya kolaborasi, bentuk budaya kolaborasi, kebaikan dan keburukan kolaborasi, amalan budaya kolaborasi, halangan budaya kolaborasi dan strategi untuk meningkatkan budaya kolaborasi. Amalan di dalam komuniti pembelajaran profesional didapati mampu membentuk budaya kolaborasi profesional di sekolah.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Budaya kolaborasi; Kolaborasi guru; Komuniti pembelajaran profesional; Pembangunan profesionalisme; Sekolah |
Journal: | Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space |
ID Code: | 14216 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 11 Feb 2020 08:02 |
Last Modified: | 14 Feb 2020 22:59 |
Repository Staff Only: item control page