Persepsi golongan belia terhadap ‘Malaysia Baharu’ dalam kerangka pembangunan komuniti di Semenanjung Malaysia

Mohd Mahadee Ismail, and Mohd Sabri Md Nor, and Zatul Himmah Adnan, (2019) Persepsi golongan belia terhadap ‘Malaysia Baharu’ dalam kerangka pembangunan komuniti di Semenanjung Malaysia. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 15 (4). pp. 274-287. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
437kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1226

Abstract

Makalah ini membincangkan tentang persepsi golongan belia terhadap ‘Malaysia Baharu’ dalam kerangka pembangunan komuniti di Semenanjung Malaysia. Istilah Malaysia Baharu popular digunakan selepas berlakunya pertukaran kerajaan pada pilihan raya umum ke-14 daripada parti Barisan Nasional yang mendominasi pemerintahan negara sejak merdeka kepada kerajaan baru yang diterajui oleh Pakatan Harapan. Malaysia yang dikatakan melalui fasa baru dijangka mengalami perubahan dari segenap aspek kehidupan politik, ekonomi dan sosiobudaya ke arah yang lebih baik. Dari itu, satu kajian telah dijalankan dalam kalangan belia khususnya mahasiswa universiti awam di Semenanjung Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi mereka terhadap perkembangan semasa yang berlaku dalam negara ini. Kajian telah menggunakan gabungan dua pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Untuk pendekatan kualitatif, teknik NGT (Teknik Berkumpulan Nominal) dan FGD (Perbincangan Kumpulan Berfokus) telah dilaksanakan, manakala bagi pendekatan kuantitatif pula teknik survey menggunakan borang soal selidik. Borang soal selidik telah diedarkan kepada 800 orang responden belia pelbagai etnik. Hasil kajian menunjukkan wujud variasi persepsi responden berdasarkan etnik terhadap Malaysia Baharu dalam perkara-perkara yang melibatkan pembangunan komuniti. Golongan belia etnik Melayu dilihat lebih objektif dalam mengemukakan pandangan mereka manakala golongan belia etnik Cina dan India pula dilihat lebih positif dalam menunjukkan sokongan mereka terhadap era pemerintahan Malaysia Baharu ini. Hasil kajian ini juga memberikan suatu gambaran terkini terhadap perkembangan semasa yang berlaku walaupun Malaysia Baharu itu baru sahaja berusia setahun jagung.

Item Type:Article
Keywords:Belia; Etnisiti; Mahasiswa universiti awam; Malaysia baharu; Pembangunan komuniti; Semenanjung Malaysia
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:14217
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Feb 2020 08:11
Last Modified:14 Feb 2020 23:00

Repository Staff Only: item control page