Penilaian iklim keselamatan persekitaran kerja terhadap komuniti kakitangan kerajaan di Putrajaya

Kadir Arifin, and Roziah Abudin, and Muhammad Rizal Razman, (2019) Penilaian iklim keselamatan persekitaran kerja terhadap komuniti kakitangan kerajaan di Putrajaya. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 15 (4). pp. 304-320. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
409kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1226

Abstract

Iklim keselamatan merujuk kepada persepsi yang dikongsi pekerja berkaitan keselamatan persekitaran kerja yang mempengaruhi prestasi keselamatan organisasi. Kajian dijalankan untuk menilai iklim keselamatan di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) Putrajaya melalui persepsi pengendalian aspek keselamatan oleh pihak pengurusan dan pekerja berdasarkan kepada 7 dimensi iklim keselamatan. Dimensi iklim keselamatan ialah (i) keutamaan, komitmen dan kecekapan keselamatan pihak pengurusan, (ii) pemerkasaan aspek keselamatan pihak pengurusan, (iii) keadilan keselamatan pihak pengurusan, (iv) komitmen keselamatan pekerja, (v) keutamaan keselamatan dan risiko tidak diterima pekerja, (vi) komunikasi, pembelajaran dan kepercayaan kompetensi rakan sekerja (vii) kepercayaan pekerja terhadap keberkesanan sistem keselamatan. Pendekatan kuantitatif digunakan dengan mengedarkan soal-selidik sebanyak 205 responden di MOA. Soal selidik kajian menggunakan Nordic Occupational Safety Climate Questionnaire (NOSACQ-50) iaitu satu alat diagnostik menilai status iklim keselamatan organisasi. Data dianalasis secara deskriftif melalui min dan peratusan. Hasil kajian menunjukkan secara keseluruhan iklim keselamatan di MOA adalah pada tahap yang agak rendah. Penilaian ke atas tiga dimensi pengendalian aspek keselamatan oleh pihak pengurusan mendapati iklim keselamatan yang agak tinggi bagi dimensi keadilan keselamatan, agak rendah bagi dimensi keutamaan, komitmen dan kecekapan keselamatan serta rendah bagi dimensi pemerkasaan keselamatan. Selanjutnya, penilaian terhadap empat dimensi pengendalian aspek keselamatan oleh pekerja mendapati iklim keselamatan adalah tinggi bagi dimensi kepercayaan terhadap sistem pengurusan keselamatan, agak tinggi bagi dimensi komitmen keselamatan serta dimensi komunikasi, pembelajaran dan kepercayaan terhadap kompetensi rakan sekerja serta agak rendah bagi dimensi keutamaan keselamatan dan risiko tidak diterima. Kajian ini mencadangkan agar pihak pengurusan atasan mampu memperbaiki iklim keselamatan di MOA.

Item Type:Article
Keywords:Dimensi; Iklim keselamatan; Kakitangan awam; Keberkesanan; Persepsi; Persekitaran kerja
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:14219
Deposited By: ms aida -
Deposited On:12 Feb 2020 00:20
Last Modified:14 Feb 2020 23:03

Repository Staff Only: item control page