Pantai pelancongan mesra keluarga dan tuntutan persekitaran fizikal semulajadi daripada lensa pelancong tempatan

Habibah Ahmad, and Hamzah Jusoh, and Noradila Azhar, and Kadaruddin Aiyub, and Nurul Fadhiah Mohidin, and Mohd Fuad Mat Jali, (2019) Pantai pelancongan mesra keluarga dan tuntutan persekitaran fizikal semulajadi daripada lensa pelancong tempatan. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 15 (4). pp. 321-335. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
654kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1226

Abstract

Pelancongan pantai merupakan aktiviti tumpuan pelancong antarabangsa dan tempatan di kebanyakan negara yang mempunyai keistimewaan tarikan ini. Di Malaysia, pelancongan pantai tidak terkecuali daripada mendapat perhatian pelancong domestik, termasuk pelancong keluarga. Salah satu pantai pelancongan yang terkenal dalam kalangan segmen ini ialah Pantai Batu Ferringhi, Pulau Pinang. Pantai ini mempunyai kelebihan persekitaran semula jadi sebagai tarikan kepada para pelancong keluarga. Ini adalah seiring dengan tuntutan pelancongan lestari yang memerlukan persekitaran fizikal semula jadi menjadi sumber lestari dan dapat dihayati oleh pengunjungnya. Walau bagaimanapun pilihan keluarga terhadap pantai mesra keluarga berdasarkan persekitaran semula jadi pantai masih belum terserlah. Makalah ini bertujuan untuk mengenalpasti apakah cirian persekitaran fizikal semula jadi yang menjadi penentu kepada pelancong keluarga dalam membuat kunjungan ke Pantai Batu Ferringhi. Kajian ini adalah berasaskan soalselidik yang telah diedarkan kepada 300 responden keluarga di pantai tersebut. Hasil kajian mendapati pelancong keluarga melakukan aktiviti rekreasi pantai yang santai berbanding lasak, dan motif kedatangan ialah meluangkan masa dan dapat bersama anak-anak dan ahli keluarga. Dapatan kajian mengesahkan persekitaran fizikal semulajadi pantai menjadi sebahagian daripada penentu pemilihan pantai pelancongan mesra keluarga. Ini kerana persekitaran ini tidak menghalang aktiviti utama di pantai peranginan ini. Beberapa cadangan dikemukakan untuk penambahbaikan; antaranya jaminan pantai yang bersih dan luas, air laut yang tidak tercemar, jaminan keselamatan pantai dan landskap pantai yang terpelihara. Kesimpulannya, persekitaran fizikal semula jadi berperanan penting dalam menarik minat pelancong keluarga untuk melancong ke pantai peranginan khususnya di Pantai Batu Ferringhi.

Item Type:Article
Keywords:Cirian dan aktiviti pelancong; Pelancongan pantai; Pelancong keluarga; Persekitaran fizikal
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:14220
Deposited By: ms aida -
Deposited On:12 Feb 2020 00:27
Last Modified:14 Feb 2020 23:04

Repository Staff Only: item control page