Kaedah periwayatan Asbab al-Nuzul dalam Tarjumān al-Mustafid

Nazori Ab Rahman, and Mohd Nazri Ahmad, and Wan Nasyrudin Wan Abdullah, (2019) Kaedah periwayatan Asbab al-Nuzul dalam Tarjumān al-Mustafid. Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah, 4 (1). pp. 1-7. ISSN 0128-0899

[img]
Preview
PDF
540kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/i...

Abstract

Tarjumān al-Mustafīd adalah tafsir berbahasa Melayu pertama yang dihasilkan pada abad ke 17 oleh ulama Nusantara iaitu Shaykh cAbdul Rauf . Pentafsiran Tarjumān al-Mustafīd berasaskan metode tahlīlī dan ijmālī. Intipati pentafsiran merangkumi terjemahan dan tafsiran ayat, perbahasan qirāat, hukum nāsikh dan mansūkh, riwayat Isrāilliyāt serta nukilan Asbāb al-Nuzūl. Begitu pun, periwayatan Asbāb al-Nuzūl mendominasi sebahagian besar daripada tafsir ini. Oleh itu, satu kajian terhadap Asbāb al-Nuzūl dilakukan untuk mengenal pasti ketokohan dan metode pengarang dalam menukilkan riwayat Asbāb al-Nuzūl. Kajian ini berasaskan metode penyelidikan kualitatif dengan pendekatan analisis kandungan terhadap sumber primer iaitu Tarjumān al-Mustafīd dan sumber sekunder lain. Data-data kajian dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian mendapati Shaykh cAbdul Rauf merujuk pelbagai karya tafsir berbahasa Arab dalam menukilkan riwayat-riwayat Asbāb al-Nuzūl. Namun begitu pengarang berjaya menyerlahkan ketokohannya dengan mempelbagaikan teknik dan metode periwayatan Asbāb al-Nuzūl. Kajian mendapati riwayat-riwayat Asbāb al-Nuzūl bersumber pelbagai karya yang berautoriti namun diolah dengan bijak justeru membuktikan keilmuan dan ketokohan beliau dalam bidang tafsir dan terjemahan al-Quran.

Item Type:Article
Keywords:Shaykh cAbdul Rauf; Tarjumān Al-Mustafīd; Asbāb al-Nuzūl; Riwayat
Journal:Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah
ID Code:14227
Deposited By: ms aida -
Deposited On:12 Feb 2020 04:33
Last Modified:14 Feb 2020 23:11

Repository Staff Only: item control page