Relevansi sifat al-Haya’ dalam pemantapan akhlak generasi Z

Nur Anis Hanani Mohd Talib, and Latifah Abdul Majid, and Nurliyana Mohd Talib, (2019) Relevansi sifat al-Haya’ dalam pemantapan akhlak generasi Z. Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah, 4 (1). pp. 8-14. ISSN 0128-0899

[img]
Preview
PDF
431kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/i...

Abstract

Pendidikan akhlak adalah aspek penting dalam membentuk personaliti dan keperibadian remaja. Melihat kepada perkembangan remaja yang semakin maju seiring dengan perkembangan teknologi masa kini, segelintir remaja Generasi Z mudah terpengaruh dengan unsur-unsur negatif melalui media sosial sehingga berlakunya keruntuhan akhlak dan peningkatan masalah sosial. Hakikatnya, masalah sosial yang berlaku seperti pergaulan bebas, pornografi dan zina menunjukkan bahawa sifat malu dalam diri remaja telah hilang. Sedangkan sifat malu atau al-Haya’ merupakan satu daripada akhlak yang dimiliki oleh Rasulullah SAW dan para sahabat serta merupakan sifat positif yang perlu ada dalam diri setiap manusia. Sifat ini mampu menghindari manusia daripada melakukan maksiat dan dosa disebabkan oleh rasa takut dan gerun kepada Allah SWT yang Maha Melihat dan Maha Mengetahui. Tujuan artikel ini adalah untuk membincangkan mengenai relevansi sifat al-Haya’ dalam pemantapan akhlak remaja Generasi Z dalam mendidik mereka masa kini. Metodologi kajian ini adalah analisis kandungan dengan meneliti kajian-kajian lepas dan kaedah deskriptif digunakan untuk menganalisis data. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa penerapan sifat al-Haya’ dalam diri remaja Generasi Z adalah sangat relevan bagi memantapkan akhlak mereka kerana sifat ini dapat menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan, membentuk tingkah laku yang baik dan mulia, memelihara penampilan sekaligus menjauhkan mereka dari terjebak dengan masalah sosial.

Item Type:Article
Keywords:al-Haya’; Akhlak; Masalah sosial; Remaja; Generasi Z
Journal:Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah
ID Code:14228
Deposited By: ms aida -
Deposited On:12 Feb 2020 04:40
Last Modified:14 Feb 2020 23:12

Repository Staff Only: item control page