Analisis hukum Aṣaḥ Wa Aḥsan menurut Imam al-Tirmidhi dalam Kitāb Jāmic al-Tirmidhi untuk penentuan hukum hadith

Eddyanto Sutijo, and Ahamad Asmadi Sakat, and Latifah Abdul Majid, (2019) Analisis hukum Aṣaḥ Wa Aḥsan menurut Imam al-Tirmidhi dalam Kitāb Jāmic al-Tirmidhi untuk penentuan hukum hadith. Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah, 4 (1). pp. 15-23. ISSN 0128-0899

[img]
Preview
PDF
807kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/i...

Abstract

Kitāb Jāmic al-Tirmidhi merupakan karya agong yang telah dihasilkan oleh al-Imam Muḥammad bin CῙsā bin Sawrah bin Mūsā bin Daḥḥak, ‘Abū CῙsā al-Sulami al-Darir al-Bughi al-Tirmidhi. Beliau merupakan ulama pertama yang mempelopori penggunaan istilah ‘Aṣaḥ wa ‘Aḥsan. Kajian ini dibuat bagi mengenal pasti kaedah istilah ‘Aṣaḥ wa ‘Aḥsan yang digunakan oleh al-Imām al-Tirmidhi adalah untuk menghukum sesuatu hadith yang kadangkala agak sukar untuk dikenal pasti sama ada hadith itu bertaraf Ṣaḥiḥ atau Ḥasan atau Ḍacif. Kecuali hadith yang didatangkan oleh beliau kedua-duanya adalah Ṣaḥiḥ yang dinyatakan secara jelas dan beliau akan menentukan di antara dua hadith tersebut, manakah yang dihukumkan‘Aṣaḥ wa ‘Aḥsan di sisi beliau sebagai hujah dalam sesuatu bab. Metode analisis yang digunakan ialah metode analisis kandungan dan mengambil reka bentuk kajian kualitatif. Oleh itu, dengan menganalisis hadith yang dihukumkan melalui istilah ini, dapat membantu para pelajar, pengkaji dan masyarakat yang kurang atau tidak memahami kaedah ‘Aṣaḥ wa ‘Aḥsan Imām al-Tirmidhi. Kajian mendapati hadith yang dihukumkan ‘Aṣaḥ wa ‘Aḥsan di sisi Imam al-Tirmidhi adalah bermaksud samada perbandingan Ṣaḥiḥ dengan Ṣaḥiḥ atau Ḥasan dengan Ḥasan atau Ḍacif dengan Ḍacif adalah untuk menyatakan bahawa hadith yang dihukumkan dengan istilah tersebut adalah menjadi hujah di sisi Imam al-Tirmidhi dalam sesuatu bab.

Item Type:Article
Keywords:Kitāb Jāmic al-Tirmidhi; Istilah Hukum Hadith al-Tirmidhi; ‘Aṣaḥ wa ‘Aḥsan; Tematik hadith ‘Aṣaḥ wa ‘Aḥsan
Journal:Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah
ID Code:14229
Deposited By: ms aida -
Deposited On:12 Feb 2020 04:48
Last Modified:14 Feb 2020 23:14

Repository Staff Only: item control page