Norsyafiaah Thoifur, and Mohd Faizulamri Mohd Saad, and Wan Nasyrudin Wan Abdullah, (2019) Aplikasi kaedah pentafsiran ayat Mutashabihat dalam tafsir Melayu. Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah, 4 (1). pp. 32-39. ISSN 0128-0899
|
PDF
633kB |
Official URL: http://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/i...
Abstract
Para ulama tafsir terdahulu telah banyak mentafsirkan ayat Mutashabihat. Beberapa kaedah pentafsiran telah digunakan dalam mentafsirkan ayat Mutashabihat mengikut pelbagai mazhab iaitu mazhab ulama golongan Ahli Sunnah, Mushabbihah, Mujassimah, Muktazilah dan Rawafid. Perbahasan ayat Mutashabihat juga banyak dibahaskan dalam tafsir-tafsir Melayu. Oleh itu, kajian ini mempunyai signifikasi yang tinggi untuk mengenal pasti kaedah pentafsiran ulama tafsir yang terdahulu mempengaruhi pentafsiran di dalam kitab tafsir Melayu pada masa kini sekaligus mengetengahkan kitab-kitab tafsir Melayu pada masa kini yang dihasilkan oleh pengarang Melayu. Kaedah analisis kandungan terhadap beberapa kitab tafsir Melayu telah digunakan bagi mendapatkan data dan dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian membuktikan bahawa aplikasi tafsir ayat Mutashabihat dalam kitab tafsir Melayu adalah bertepatan dengan kaedah yang digunakan di dalam tafsir-tafsir muktabar seperti Tafsir al-Jalalain, Tafsir Ibnu Kathir, dan lain-lain lagi. Implikasinya dapat memudahkan dan membantu masyarakat Melayu memahami tafsiran ayat Mutashabihat.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Ayat Mutashabihat; Tafsir Melayu; Kaedah pentafsiran |
Journal: | Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah |
ID Code: | 14231 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 12 Feb 2020 06:09 |
Last Modified: | 14 Feb 2020 23:15 |
Repository Staff Only: item control page