Metode pentafsiran gender Musdah Mulia

Karimuddin Nasution, and Wan Nasyrudin Wan Abdullah, and Mohd Faizulamri Mohd Saad, (2019) Metode pentafsiran gender Musdah Mulia. Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah, 4 (1). pp. 40-47. ISSN 0128-0899

[img]
Preview
PDF
437kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/i...

Abstract

Musdah dikenal sebagai tokoh feminis muslimah Indonesia yang sangat lantang menyuarakan kesetaraan gender. Beliau mendakwa pentafsiran klasik telah menempatkan wanita lebih rendah daripada lelaki kerana dipengaruhi oleh kehidupan sosial yang patriarki, ekonomi dan politik yang berkembang pada ketika itu. Akibatnya, pentafsiran klasik telah dijadikan sebagai rujukan teologi untuk merendahkan kedudukan wanita. Beliau bukan sekadar mengkritik pentafsiran klasik, malah mempertikai metode yang biasa digunakan ulama dalam mentafsirkan al-Quran. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui dan mengenal pasti metode dan pendekatan tafsir gender Musdah. Dalam menjalankan kajian ini menggunakan metode kualitatif dengan merujuk bahan-bahan kepustakaan dan berbentuk analisis dokumen. Hasil kajian mendapati bahawa model pentafsiran Musdah adalah bi al-ra’yi (pemikiran), malah boleh dikategorikan dengan tafsir bi al-ra’yi mazmum (pemikiran tercela). Manakala metode yang digunakan adalah mawdūci (tematik), ini dapat dilihat daripada pentafsiran beliau yang berdasarkan tema-tema. Selain itu, Musdah juga menggunakan beberapa pendekatan pentafsiran, iaitu pendekatan analisis gender, tafsir perspektif wanita, kritik sejarah dan bahasa Arab. Implikasi kajian ini adalah mendedahkan metode tafsir gender yang digunakan Musdah. Pentafsiran yang diasaskan kepada pemikiran semata-mata perlu untuk diwaspadai demi memahami Islam yang sebenar

Item Type:Article
Keywords:Metode tafsir; Kesetaraan gender; Musdah Mulia
Journal:Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah
ID Code:14232
Deposited By: ms aida -
Deposited On:12 Feb 2020 06:22
Last Modified:14 Feb 2020 23:16

Repository Staff Only: item control page