Metode interaksi Syeikh Dawud al-Fatani terhadap hadith da’if dalam Jam’u al-Fawaid wa Jawahir al-Qalaid

Fatihah Ismail, and Latifah Abdul Majid, and Mohd Arif Nazri, (2019) Metode interaksi Syeikh Dawud al-Fatani terhadap hadith da’if dalam Jam’u al-Fawaid wa Jawahir al-Qalaid. Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah, 4 (2). pp. 1-12. ISSN 0128-0899

[img]
Preview
PDF
781kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/i...

Abstract

Jam’u al-Fawaid Wa Jawahir al-Qalaid merupakan karya Tasawuf karangan Syeikh Dawud Abdullah al-Fatani. Walaupun kitab tersebut merupakan kitab tasawuf, akan tetapi terdapat sebilangan besar jumlah hadith di dalamnya yang menjadi hujjah kepada kenyataan yang dikemukakan. Hadith-hadith yang dikemukakan mempunyai status yang berbeza dan bentuk penulisan yang pelbagai. Dalam pada itu, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk memahami kaedah interaksi Syeikh Dawud terhadap hadith da’if serta untuk mengenal pasti penghujahan hadith da’if dalam membincangkan tentang Fadail al-a’mal dan targhib wa tarhib. Di samping itu juga, kajian ini ingin melihat implikasinya terhadap masyarakat yang beramal dengan hadith da’if tersebut. Kaedah yang digunakan ialah kaedah kualitatif iaitu menganalisis dokumen-dokumen yang berbentuk tulisan sama ada dari kitab, tesis, jurnal, dan sebagainya. Kajian ini juga menggunakan perisian komputer seperti Maktabah Syamilah dan Jawami’ al-Kalim untuk membantu dalam menentukan keberadaan hadith serta memudahkan mencari kedudukan sesuatu hadith. Hasil kajian ini mendapati bahawa Syeikh Dawud tidak menggunakan sighah yang khusus dalam penyebutan hadis da’if. Keadaan ini mendatangkan kesukaran kepada masyarakat untuk membezakan hadith maqbul dan mardud dan seterusnya memberi kesan kepada masyarakat yang beramal dengan hadis yang mardud.

Item Type:Article
Keywords:Interaksi; Hadith Da’if; Syeikh Dawud al-Fatani; Tasawuf
Journal:Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah
ID Code:14234
Deposited By: ms aida -
Deposited On:13 Feb 2020 01:17
Last Modified:14 Feb 2020 23:19

Repository Staff Only: item control page