Karimuddin Nasution, and Wan Nasyrudin Wan Abdullah, and Mohd Faizulamri Mohd Saad, (2019) Analisis fiqh kesetaraan gender Musdah Mulia. Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah, 4 (2). pp. 13-18. ISSN 0128-0899
|
PDF
458kB |
Official URL: http://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/i...
Abstract
Salah satu gerakan yang dilakukan golongan feminis Muslim adalah dekontruksi hukum-hakam fiqh. Musdah sebagai tokoh feminis liberal Indonesia telah mengkritik fiqh klasik kerana dalam pandangan beliau ada ketidakadilan kepada wanita. Beliau juga mendakwa bahawa fiqh klasik hanya sekadar pentafsiran al-Quran dan Sunnah berdasarkan budaya. Oleh itu, ianya sudah tidak relevan lagi dari sisi hukum, begitu juga metodologi. Musdah menawarkan prinsip-prinsip dasar untuk menghadirkan fiqh kesetaraan gender. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis prinsip-prinsip fiqh kesetaraan gender menurut pandangan Musdah. Kajian ini menggunakan metode kualitatif dengan merujuk bahan-bahan kepustakaan dan berbentuk analisis dokumen. Hasil kajian mendapati, Musdah menetapkan enam prinsip dasar untuk menghadirkan fiqh kesetaraan. Pertama, prinsip kemaslahatan. Kedua, prinsip keadilan dan kesetaraan. Ketiga, prinsip hak asasi manusia. Keempat, prinsip pluralisme. Kelima, prinsip nasionalisme. Manakala yang keenam, prinsip demokrasi. Melalui prinsip-prinsip ini beliau telah melakukan rombakan hukum-hakam Islam. Implikasi kajian ini telah mendedahkan hakikat prinsip-prinsip fiqh kesetaraan yang ditawarkan Musdah. Umat Islam hendaklah memperdalam kaedah-kaedah usul fiqh yang digunakan ulama’ supaya tidak mudah terpesong dari ajaran Islam sebenar.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Fiqh; Kesetaraan gender; Prinsip-prinsip; Musdah |
Journal: | Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah |
ID Code: | 14235 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 13 Feb 2020 01:21 |
Last Modified: | 14 Feb 2020 23:20 |
Repository Staff Only: item control page