Nik Md Saiful Azizi Nik Abdullah, and Rabi'atul Athirah Muhammad Isa, (2019) Metodologi Haji Abdullah al-Qari dalam penulisan buku bidang hadis. Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah, 4 (2). pp. 37-49. ISSN 0128-0899
|
PDF
637kB |
Official URL: http://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/i...
Abstract
Artikel ini membicarakan metodologi Haji Abdullah al-Qari dalam karya penulisan buku bidang hadis. Kajian ini membincangkan secara ringkas biografi dan karya hadis beliau. Rekabentuk kajian bersifat kualitatif ini menggunakan kaedah temu bual semi struktur bersama responden dan analisa dokumen. Karya yang dianalisis ialah buku-buku agama beliau dengan menggunakan kaedah tematik. Dapatan kajian mendapati sejumlah besar buku dan karya al-Sunnah beliau dalam pelbagai disiplin ilmu seperti: Aqidah (7), Ibadah (18), Perubatan (3), Bidang Tasawwuf (2), Bidang Dakwah dan Motivasi (6), mengenai Surah dalam Al-Quran (2), mengenai Wanita (1), Kekeluargaan dan Sosial (2), Bidang Kajian Hadis (1), Bidang Pertanian (1). Haji Abdullah Al-Qari menggariskan beberapa panduan serta mengaplikasi pelbagai metod dalam menghasilkan karyanya. Di antara metodologi yang digunakan oleh beliau ialah bermula dari langkah memilih tajuk buku dan memulakan buku dengan kalimah Bismillah, Tahmid dan Selawat, merujuk kepada Al-Quran dan Al-Sunnah, menggunakan fakta yang benar dan sebagainya. Dapatan ini menunjukkan bahawa Haji Abdullah al-Qari merupakan seorang penulis prolifik dan ulama yang terkemuka. Pemikiran dan sumbangannya dalam bidang pendidikan al-sunnah di alam Melayu amat besar dan hasil karyanya yang meliputi pelbagai bidang sangat bernilai kepada bangsa Melayu Islam dan juga kepada negara. Adalah menjadi tanggungjawab ahli akademik dan penuntut ilmu Islam untuk mengkaji kitab-kitabnya agar segala ilmu yang berfaedah di dalamnya dapat dimanfaatkan oleh generasi kini dan akan datang. Ia juga dapat dimanfaatkan bagi menjaga ketulenan ajaran Islam dan mengembangkannya di masa akan datang.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Hadis; Haji Abdullah Al-Qari; Metodologi; Penulisan karya; Turath |
Journal: | Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah |
ID Code: | 14238 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 13 Feb 2020 01:41 |
Last Modified: | 14 Feb 2020 23:22 |
Repository Staff Only: item control page