Kaedah-kaedah bacaan al-Quran dalam kalangan orang kurang upaya pendengaran

Ummu Karamah Alias, and Hamdi Ishak, and Sabri Mohamad, (2019) Kaedah-kaedah bacaan al-Quran dalam kalangan orang kurang upaya pendengaran. Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah, 4 (2). pp. 59-67. ISSN 0128-0899

[img]
Preview
PDF
795kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/i...

Abstract

Dewasa ini pembelajaran al-Quran di Malaysia berkembang dengan baik sekali. Hal ini dapat dilihat apabila ianya bergerak seiring dengan perkembangan agama Islam itu sendiri sehinggakan terdapat banyak kaedah bacaan al-Quran yang diperkenalkan bagi memudahkan setiap peringkat umur mempelajarinya. Justeru ia juga tidak terkecuali bagi golongan-golongan kurang upaya. Golongan ini turut memerlukan kaedah pembacaan al-Quran yang sesuai mengikut kemampuan mereka untuk mempelajarinya. Oleh yang demikian kajian ini dijalankan bagi mengkaji kaedah-kaedah bacaan al-Quran yang dilaksanakan dalam kalangan orang kurang upaya pendengaran sama ada di pihak kerajaan mahupun bukan kerajaan. Kajian ini memilih reka bentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis data. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa terdapat banyak kaedah yang telah diperkenalkan bagi membantu golongan ini membaca al-Quran. Namun tiada perlaksanaan yang selaras bagi kaedah bacaan al-Quran sama ada diperingkat kerajaan mahupun diperingkat bukan kerajaan. Oleh yang demikian, pengkaji berharap agar kajian mengenai kaedah bacaan al-Quran dapat diperhalusi lagi agar kaedah tersebut dapat diselaraskan supaya golongan ini tidak terkeliru serta mampu mendalami bacaan al-Quran tanpa sebarang kesukaran.

Item Type:Article
Keywords:Kaedah bacaan al-Quran; Golongan kurang upaya pendengaran
Journal:Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah
ID Code:14240
Deposited By: ms aida -
Deposited On:13 Feb 2020 01:53
Last Modified:14 Feb 2020 23:24

Repository Staff Only: item control page