Interaksi sosial dalam Tafsir al-Azhar: tinjauan awal terhadap Surah Madaniyah

Nur Zakiah Najihah Bahar, and Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi, and Muhd. Najib Abdul Kadir, (2019) Interaksi sosial dalam Tafsir al-Azhar: tinjauan awal terhadap Surah Madaniyah. Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah, 4 (2). pp. 68-74. ISSN 0128-0899

[img]
Preview
PDF
276kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/i...

Abstract

Tafsir al-Azhar merupakan tafsir yang mendapat perhatian Nusantara baik dari kalangan masyarakat juga ahli akademik. Hal ini kerana olahan bahasanya yang mudah untuk difahami terutamanya di negara-negara yang berbahasa Melayu. Di samping itu juga, pentafsirannya yang mengetengahkan sudut kemasyarakatan menjadi nilai tambah apabila dilihat dari perspektif sosiologi. Namun, fokus kajian ini adalah untuk mengenal pasti bentuk interaksi sosial yang bersifat asosiatif dan disosiatif. Asosiatif meliputi elemen kerjasama, akomodasi dan asimilasi manakala disosiatif pula meliputi elemen persaingan, pertentangan dan kontravensi.. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif yang mana proses pengumpulan data dilakukan melalui kaedah analisis teks. Manakala proses penganalisisan data pula dilakukan dengan menggunakan kaedah analisis induktif. Hasil kajian ini mendapati bahawa aspek asosiatif dan disosiatif memang wujud dalam tafsir al-Azhar sejajar dengan tafsirnya yang bersifat ijtima’i (kemasyarakatan).

Item Type:Article
Keywords:Tafsir al-Azhar; Sosiologi; Interaksi sosial; Asosiatif; Disosiatif
Journal:Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah
ID Code:14241
Deposited By: ms aida -
Deposited On:13 Feb 2020 02:02
Last Modified:14 Feb 2020 23:25

Repository Staff Only: item control page