Siti Alwaliyah Mansor, and Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, (2019) Penularan penyakit beri-beri di penjara Negeri-Negeri Selat: penelitian terhadap sebab dan langkah-langkah kawalannya, 1870-1915. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 46 (1). pp. 27-57. ISSN 2180-0251
|
PDF
530kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1201
Abstract
Pembentukan Negeri-negeri Selat (NNS) oleh pihak British pada tahun 1826 telah disusuli dengan kemajuan ekonomi secara langsung memberi kesan kepada suasana sosial dan institusi tempatan. Antara institusi tempatan yang berkembang seiring kemakmuran tersebut ialah penjara. Kepentingan penjara NNS tidak sekadar dilihat dari sudut keselamatan mahu pun sebagai kandang hukuman, seperkara yang lebih penting, banduan merupakan tenaga buruh utama untuk pelbagai keperluan pembangunan sosioekonomi. Namun menjelang suku terakhir abad ke-19, penjara di NNS diancam dengan kadar kematian yang tinggi akibat penularan penyakit beri-beri. Kerjasama dilakukan pihak pengurusan penjara dan pakar-pakar perubatan bermula dengan penelitian teori miasmatik hingga ke pendekatan dietetik, namun kematian di penjara masih berlanjutan. Objektif kajian ini adalah untuk mengesan sebab dan meneliti langkah-langkah pengawalan penyakit beri-beri yang dilaksanakan oleh British ke atas banduan di Penjara Negeri-Negeri Selat dalam tempoh 1870 hingga 1915. Metodologi kajian menggunakan kaedah kualitatif berdasarkan penelitian disiplin sejarah, justeru penelitian dilakukan dengan melihat sumber dari Arkib Negara Kuala Lumpur. Antaranya seperti Straits Settlements Files (SSF), Colonial Office (C.O), laporan-laporan tahunan bagi jabatan penjara dan jabatan perubatan. Analisis yang dilakukan mendapati, pada dekad terawal abad ke-20, usaha British membuahkan hasil apabila pencarian punca penyakit beri-beri ditemui adalah akibat kekurangan Tiamin dalam diet pemakanan, ia sekaligus membawa solusi di penjara NNS dalam masa yang sama menyumbang kepada taraf kesihatan banduan serta perkembangan ilmu perubatan moden.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Nutrien; Penyakit; Tiamin; Diet; Banduan; Penjara |
Journal: | Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies |
ID Code: | 14243 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 13 Feb 2020 04:04 |
Last Modified: | 14 Feb 2020 23:27 |
Repository Staff Only: item control page