Perladangan komersial di daerah Hilir Perak pada era kolonial British 1900-1957

Khairi Ariffin, and Ramli Saadon, and Tuan Waheda Tuan Chik, (2019) Perladangan komersial di daerah Hilir Perak pada era kolonial British 1900-1957. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 46 (1). pp. 58-78. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
440kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1201

Abstract

Pertanian di negeri Perak sebelum era kolonial dijalankan bagi memenuhi keperluan masyarakat petani dalam satu komuniti yang kecil. Golongan petani tradisional juga mempunyai pelbagai kekangan dalam memastikan kuantiti hasil tanaman mereka meningkat. Pentadbiran kolonial British di negeri Perak bermula pada tahun 1874 telah membawa perubahan dalam perkembangan sektor perladangan serta pertanian dan telah dikategorikan sebagai pertanian yang komersial. Kajian dijalankan untuk mengenalpasti kewujudan perladangan komersial di Hilir Perak dan kepentingannya kepada pembangunan daerah. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kualitatif dengan menganalisis dokumen rasmi, laporan tahunan, prosiding serta penulisan berkaitan pembangunan era kolonial British di Perak. Dapatan kajian menunjukkan polisi kolonial British telah membawa kepada penubuhan pelbagai ladang tanaman komersial di Hilir Perak. Hilir Perak juga merupakan antara daerah yang menjadi tumpuan sektor perladangan komersial dan telah menjadi sektor yang menyumbang kepada pembangunan negeri Perak. Perladangan komersial di Hilir Perak bukan bersifat monocultivation namun pentadbiran kolonial telah mengambil inisiatif membangunkan sektor perladangan yang terdiri daripada pelbagai jenis tanaman bergantung kepada kesesuaian kawasan. Perladangan komersial yang dijalankan ketika era kolonial telah banyak menyumbang kepada pembangunan daerah Hilir Perak khususnya serta negeri Perak amnya.

Item Type:Article
Keywords:Ladang; Komersial; Hilir Perak
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:14244
Deposited By: ms aida -
Deposited On:13 Feb 2020 04:11
Last Modified:14 Feb 2020 23:28

Repository Staff Only: item control page