Transformasi isu dalam penyelesaian konflik Patani di selatan Thailand

Che Mohd Aziz Yaacob, and Mohammad Zaki Ahmad, (2019) Transformasi isu dalam penyelesaian konflik Patani di selatan Thailand. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 46 (1). pp. 131-154. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
475kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1201

Abstract

Perjuangan menuntut kemerdekaan dalam konflik Patani masih lagi berterusan hingga ke hari ini. Insiden serangan tembak curi, pengeboman, pembakaran sekolah dan serangan gerila berlaku hampir setiap hari. Kerajaan Thailand telah berusaha untuk mengatasi permasalahan ini dengan pelbagai pendekatan namun, ia masih lagi belum dapat diselesaikan. Walau bagaimanapun, proses perdamaian antara tahun 2004 hingga 2015 telah mengalami perubahan ketara apabila Gerakan Pembebasan Patani (GPP) dan kerajaan Thailand sanggup untuk berunding dan berdialog. Selain itu, Malaysia dilihat telah berjaya memainkan peranannya sebagai fasilitator untuk menggerakkan kedua pihak menyertai proses perdamaian. Oleh itu, kajian ini menganalisis data-data kajian yang memfokuskan kepada transformasi isu yang dipelopori oleh GPP daripada isu kemerdekaan yang dituntut sebelum ini kepada isu identiti Melayu Patani yang selama ini mengalami asimilasi dan diskriminasi. Isu identiti (lembut) menjadi faktor utama di sebalik kesediaan kedua-dua pihak untuk duduk berunding jika dibandingkan isu tuntutan kemerdekaan (keras). Data-data yang bersifat kualitatif dianalisis dengan menggunakan teori-teori dan pembolehubah-pembolehubah melibatkan segi tiga konflik, hubungan symmetric dan asymmetric dan transformasi konflik. Hasil dapatan kajian ini mendapati struktur hubungan yang tidak seimbang (asymmetric) menjadi punca di sebalik usaha mengasimilasi identiti Orang Melayu Islam Patani (OMIP). Hubungan asymmetric ini telah membawa kepada polisi bersifat dominasi Thailand ke atas OMIP yang akhirnya mencetuskan kebangkitan semangat GPP untuk menuntut kemerdekaan. Namun begitu, beberapa tahun selepas peristiwa 4 Januari 2004, GPP telah memilih pendekatan diplomasi apabila menjadikan isu identiti sebagai tuntutan utamanya berbanding isu kemerdekaan yang diperjuangkan sebelum ini. Maka, keutamaan kepada isu identiti dilihat sebagai salah satu proses transformasi yang berlaku di dalam GPP sehingga seterusnya membawa kepada beberapa siri dialog dan rundingan. Justeru, transformasi isu kemerdekaan kepada identiti dilihat membuka ruang kepada kedua-dua pihak untuk berunding. Konflik yang bersifat asymmetric sukar untuk diselesaikan kerana kerajaan Thailand mempunyai kuasa yang lebih besar berbanding OMIP yang sudah tentu enggan untuk berunding.

Item Type:Article
Keywords:Konflik Patani; Gerakan Pembebasan Patani (GPP); Kemerdekaan; Identiti; Malaysia; Kerajaan Thailand
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:14248
Deposited By: ms aida -
Deposited On:13 Feb 2020 04:38
Last Modified:14 Feb 2020 23:32

Repository Staff Only: item control page