Jepun vs Malaysia: strategi kempen pilihan raya umum 2017 DAN 2018

Asmadi Hassan, and Rohayati Paidi, and Muhammad Danial Azman, (2019) Jepun vs Malaysia: strategi kempen pilihan raya umum 2017 DAN 2018. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 46 (1). pp. 172-195. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
485kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1201

Abstract

Artikel ini membuat perbandingan penggunaan strategi dalam kempen pilihan raya umum yang diadakan di Jepun dan Malaysia pada tahun 2017 dan 2018. Strategi dibahagikan kepada penggunaan isu dan teknik berkempen dalam pilihan raya. Dua buah pakatan parti politik terbesar di Malaysia iaitu Barisan Nasional dan Pakatan Harapan dan dua buah parti politik terbesar Jepun iaitu Parti Liberal Demokratik dan Parti Perlembagaan Demokratik telah dipilih sebagai kajian kes. Kaedah analisis kandungan telah digunakan dari data yang dijana melalui beberapa sumber seperti laporan akhbar, temubual serta status yang dimuat naik di media sosial rasmi milik parti politik yang bertanding. Dari segi penggunaan isu, kedua-dua parti politik Malaysia dan Jepun menggunakan campuran isu positif dan negatif dalam kempen pilihan raya. Oleh itu pengeksploitasian kelemahan yang ada pada lawan masing-masing adalah strategi ampuh bagi mencapai kejayaan. Manakala menunjukkan kekuatan yang ada pada parti sendiri adalah strategi bagi menarik pengundi mempercayai kredibiliti mereka. Dari segi pengimplementasian teknik pula, berkempen cara tradisional masih lagi diteruskan selain penggunaan teknologi terkini dalam media sosial. Walau bagaimanapun berikutan kekangan peraturan yang ketat, beberapa teknik berkempen yang dijalankan di Malaysia tidak boleh digunakan di Jepun seperti berkempen dari rumah ke rumah.

Item Type:Article
Keywords:Strategi pilihan raya; Barisan Nasional; Parti Liberal Demokratik; Pakatan Harapan; Parti Perlembagaan Jepun
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:14250
Deposited By: ms aida -
Deposited On:13 Feb 2020 04:50
Last Modified:14 Feb 2020 23:34

Repository Staff Only: item control page