Trumpisme dan pembangunan nuklear Iran

Riki Rahman, and Nor Shela Saleh, (2019) Trumpisme dan pembangunan nuklear Iran. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 46 (2). pp. 1-27. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
509kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1229

Abstract

Iran dan negara-negara P5+1 berjaya mencapai kesepakatan berkenaan program pembangunan nuklear menerusi Joint Comprehensive Plan of Action (JCPOA) pada 14 Julai 2015 yang lalu. Kesepakatan ini memberikan harapan kepada ramai pihak bahawa ketegangan antara Iran dan negara Barat, khususnya Amerika Syarikat (AS), akan berakhir selari dengan ditandatanganinya perjanjian tersebut. Walau bagaimanapun, apabila pentadbiran AS beralih kepada Donald Trump, harapan menjadi musnah apabila Trump mengumumkan bahawa AS menarik diri daripada perjanjian nuklear tersebut pada 8 Mei 2018 yang lalu. Trump justeru menganggap perjanjian JCPOA ini adalah yang terburuk yang melibatkan AS. Trump juga mendakwa Iran sebagai “rejim fanatik” dan “banyak melakukan pelanggaran perjanjian”. Persoalan dalam kajian ini ialah apakah karakter peribadi dan gaya kepimpinan Trump boleh mempengaruhi dasar negara?. Untuk menjawab persoalan ini, data sekunder telah dikumpulkan dan kemudian dianalisis dengan menggunakan pendekatan deskriptif kualitatif. Data tersebut dikumpulkan melalui sumber perpustakaan seperti buku, jurnal, laporan, dan bahan internet. Dengan menggunakan pendekatan idiosinkratik, khususnya aspek peribadi, karakter, dan gaya kepimpinan, kajian ini menyimpulkan bahawa karakter, dan gaya kepimpinan Trump dilihat telah memainkan peranan penting dalam setiap dasar yang diambil. Hampir setiap dasar yang diambil Trump disifatkan sebagai populis dan konservatif sehingga dasar beliau yang sentiasa penuh kontroversi digelarkan sebagai Trumpisme. Masa depan nuklear Iran pun menjadi tidak menentu seiring dengan keputusan Trump untuk menarik diri daripada perjanjian nuklear Iran.

Item Type:Article
Keywords:Trump; AS; Nuklear Iran; JCPOA; Populis
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:14252
Deposited By: ms aida -
Deposited On:13 Feb 2020 06:58
Last Modified:14 Feb 2020 23:35

Repository Staff Only: item control page