Agenda imperialis dalam krisis pentadbiran kolonial di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, 1921-1925

Mohd Shazwan Mokhtar, (2019) Agenda imperialis dalam krisis pentadbiran kolonial di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, 1921-1925. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 46 (2). pp. 28-55. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
493kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1229

Abstract

Artikel ini menilai dasar imperial British yang tersirat dalam krisis pentadbiran kolonial di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) ketika pentadbiran Laurence Guillemard selaku Pesuruhjaya Tinggi British dan George Maxwell sebagai Ketua Setiausaha kerajaan NNMB. Kemerosotan ekonomi selepas Perang Dunia Pertama, telah mendorong British memberi tumpuan terhadap agenda kesatuan imperial dalam melaksanakan pembangunan kolonial. Implimentasi agenda ini menyebabkan berlakunya krisis pentadbiran kolonial di NNMB, apabila Maxwell dan Ahli Tidak Rasmi Majlis Mesyuarat Persekutuan (MMP) tergugat dengan usaha Guillemard untuk menyatukan pentadbiran NNMB dengan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB) dan Negeri-Negeri Selat (NNS). Keadaan ini seterusnya menyebabkan berlakunya krisis dalam menentukan ketua kerajaan NNMB dan krisis penghapusan jawatan Ketua Setiausaha. Krisis ini berlarutan apabila, Pejabat Tanah Jajahan yang sering berpihak kepada Guillemard dalam kebanyakan pertikaian yang diutarakan oleh Maxwell. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan menerusi kaedah kajian sejarah dengan meneliti rekod dan dokumen pentadbiran kolonial di Tanah Melayu yang tersimpan di Arkib Negara Malaysia dan Arkib Negara United Kingdom. Hasil kajian mendapati, sokongan Pejabat Tanah Jajahan terhadap Guillemard ialah disebabkan dasar pentadbiran kolonial beliau adalah selari dengan dasar imperial British untuk tanah jajahan.

Item Type:Article
Keywords:Sejarah Malaysia; Urus tadbir kolonial; Krisis ekonomi; Kesatuan imperial; Neomerkantilisme
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:14253
Deposited By: ms aida -
Deposited On:13 Feb 2020 07:08
Last Modified:14 Feb 2020 23:36

Repository Staff Only: item control page