Hubungan pekerjaan di Indonesia: perspektif sejarah-perundangan

Rumainur, and Kamal Halili Hassan, (2019) Hubungan pekerjaan di Indonesia: perspektif sejarah-perundangan. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 46 (2). pp. 56-78. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
442kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1229

Abstract

Tujuan makalah ini ialah untuk membincangkan hubungan kerja di Indonesia, khsususnya dalam sektor swasta, menurut perspektif sejarah-perundangan. Permasalahan hubungan kerja pekerja di Indonesia sudah wujud sejak sebelum pengisytiharan kemerdekaan pada 17 Ogos 1945. Metodologi kajian yang digunakan adalah metodologi deskriptif kualitatif dengan pendekatan perspektif sejarah-perundangan. Dapatan kajian pada peringkat awal sejarah hubungan kerja di Indonesia menunjukkan pihak pekerja adalah pihak yang secara sosio-ekonominya mempunyai kedudukan yang lemah sekiranya dibandingkan dengan pihak majikan, sehingga mereka perlu mendapat perlindungan undang-undang bagi memperjuangkan hak mereka. Perlindungan undang-undang terhadap golongan pekerja dan golongan majikan pada asasnya bersandarkan kepada dua prinsip iaitu asas undang-undang kerajaan dan hak asasi kemanusiaan. Semua ini tidak diperolehi oleh golongan pekerja sebelum Indonesia mencapai kemerdekaan. Apabila Indonesia mencapai kemerdekaan, perundangan buruh baharu telah diperkenalkan bagi memberi perlindingan kepada pekerja.

Item Type:Article
Keywords:Hubungan Kerja; Indonesia; Perundangan; Sejarah; Perhambaan
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:14254
Deposited By: ms aida -
Deposited On:13 Feb 2020 07:13
Last Modified:14 Feb 2020 23:37

Repository Staff Only: item control page