Penyeludupan senjata api di sempadan Malaysia-Thailand dan ancamannya ke atas keselamatan insan

Rafidah Dahari, and Nor Azizan Idris, and Zarina Othman, (2019) Penyeludupan senjata api di sempadan Malaysia-Thailand dan ancamannya ke atas keselamatan insan. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 46 (2). pp. 79-117. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
815kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1229

Abstract

Rantau Asia Tenggara berhadapan pelbagai konflik bersenjata dan peperangan. Keadaan bertambah buruk dengan lambakan senjata api pasca Perang Dingin. Malaysia tersepit di antara jiran yang berkonflik dengan kedudukannya di laluan perairan perdagangan utama dunia tidak terkecuali daripada menerima tempias aktiviti jenayah rentas sempadan penyeludupan senjata api kecil dan ringan (SKR). Pelaksanaan undang-undang senjata api yang ketat di Malaysia seakan tidak berbisa dengan kemasukan haram SKR secara berterusan melalui sempadan darat dan perairan negara. Objektif artikel ini adalah untuk membincangkan konsep keselamatan insan, faktor-faktor yang mempengaruhi aktiviti penyeludupan SKR ke Malaysia serta ancamannya ke atas keselamatan insan. Kajian dijalankan secara kualitatif di mana data primer diperolehi melalui kaedah temubual bersama agensi penguatkuasaan dan keselamatan Malaysia dan Thailand, pesalah senjata api, pemberi maklumat dan organisasi bukan kerajaan, kerja lapangan di dalam negara dan sempadan Malaysia-Thailand, kaedah kepustakaan dan analisis dokumen. Kajian ini mendapati bahawa faktor dalaman dan faktor luar telah mempengaruhi peningkatan penyeludupan SKR dan jenayah berkaitannya yang mampu menggugat keselamatan insan di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Ancaman bukan tradisional; Faktor dalaman; Faktor luaran; Keselamatan insan; Penyeludupan SKR di Malaysia
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:14255
Deposited By: ms aida -
Deposited On:13 Feb 2020 07:30
Last Modified:14 Feb 2020 23:38

Repository Staff Only: item control page