Morni Hanim Salleh, and Mohd Samsudin, and Suffian Mansor, (2019) Penglibatan organisasi badan bukan kerajaan dalam pendidikan di Tanah Melayu, 1920-1950-an. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 46 (2). pp. 118-149. ISSN 2180-0251
|
PDF
518kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1229
Abstract
Artikel ini membincangkan penglibatan Badan Bukan Kerajaan dalam pendidikan di Tanah Melayu pada 1920-1950-an, khususnya bagi kaum di Tanah Melayu seperti Melayu, Cina dan India. Penglibatan NGO pendidikan di Tanah Melayu bermula sebagai aktor kecil, semakin berkembang sehingga dianggap sebagai satu medium untuk penguatkuasaan dan peningkatan keadilan sosial bagi sesebuah kaum. Kajian dijalankan menggunakan kaedah kualitatif dengan menganalisis dokumen rasmi, laporan tahunan, prosiding serta penulisan berkaitan NGO dan pendidikan sekitar tahun tersebut. Dapatan kajian mendapati NGO pendidikan di Tanah Melayu sekitar tahun 1920 hingga 1950-an lebih bersifat membela kaum masing-masing berbanding NGO sosial yang lain ini disebabkan oleh sistem pendidikan British yang membiarkan sekolah-sekolah ditubuhkan tanpa kawalan dan sekolah yang disediakan tidak berasaskan masyarakat di Tanah Melayu, malah dasar pecah dan perintah yang dilakukan dalam pentadbiran British turut berlaku dalam pendidikan. Justeru, NGO telah bertindak dengan memberi impak kepada sistem pendidikan antaranya, memastikan status quo pendidikan dan perjuangan bahasa terpelihara hinggalah ke hari ini.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Sejarah pendidikan Malaysia; Perkauman; Bahasa ibunda; Badan bukan kerajaan |
Journal: | Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies |
ID Code: | 14256 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 13 Feb 2020 07:44 |
Last Modified: | 14 Feb 2020 23:39 |
Repository Staff Only: item control page