Pengaruh aktor campur tangan halus dalam PRU-14

Mohammad Agus Yusoff, and Muhammad Mashril Abdul Jalil, (2019) Pengaruh aktor campur tangan halus dalam PRU-14. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 46 (2). pp. 178-195. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
439kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1229

Abstract

Malaysia telah diperintah oleh Barisan Nasional (BN) secara berterusan selama 61 tahun sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Keupayaan BN mengekalkan kuasa ini adalah disebabkan oleh faktor kawalan pemerintah terhadap pihak oposisi dan keyakinan rakyat terhadap BN dalam mengekalkan kestabilan politik dan kemakmuran ekonominya. Namun dalam PRU-14, BN telah gagal mengekalkan kekuasaannya. Artikel ini bertujuan untuk menilai faktor kekalahan BN dalam pilihan raya tersebut. Ramai sarjana yang meneliti PRU ini menyatakan kekalahan BN untuk mengekalkan kuasanya adalah disebabkan oleh isu 1MDB, GST (cukai barangan dan perkhidmatan), rasuah, kenaikan kos sara hidup dan penyalahgunaan kuasa kerajaan BN. Selain daripada pandangan di atas, artikel ini berhujah satu lagi faktor yang turut juga menyumbang kepada kekalahan BN adalah disebabkan oleh pengaruh aktor soft-intervention. Soft-intervention yang dimaksudkan ialah campur tangan aktor kuasa halus dalam mempengaruhi rakyat untuk menjatuhkan BN. Kuasa halus tersebut ialah aktor-aktor seperti ahli akademik, golongan profesional, kartunis, dan masyarakat sivil yang mempengaruhi rakyat melalui penerapan idea demokrasi supaya rakyat sedar tentang keperluan untuk membawa perubahan kepada negara. Data digunakan dalam artikel ini adalah dari sumber sekunder iaitu buku dan akhbar yang kemudiannya dianalisis secara kualitatif. Artikel ini berhujah campur tangan aktor kuasa halus dalam politik Malaysia bermula sejak dari era Reformasi pada tahun 1998 lagi, namun pada masa itu ia gagal untuk mengubah pemerintahan negara kerana tekanan dan tindakan pemerintah yang melemahkan pengaruh aktor soft-intervention tersebut. Walau bagaimanapun, dengan usaha berterusan aktor kuasa halus ini menyedarkan rakyat tentang kelemahan kerajaan BN, maka ia telah menimbulkan kesedaran rakyat untuk mengundi menolak kerajaan BN yang korup dan kleptokrat. Di akhir analisisnya, artikel ini menegaskan peranan aktor soft-intervention adalah cukup signifikan dalam mengubah landskap politik Malaysia dalam PRU-14.

Item Type:Article
Keywords:PRU-14; Soft-intervention; Barisan Nasional (BN); Pakatan Harapan (PH); Masyarakat sivil
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:14258
Deposited By: ms aida -
Deposited On:13 Feb 2020 08:01
Last Modified:14 Feb 2020 23:40

Repository Staff Only: item control page