Kawalan imigresen dan pembentukan negara: perkembangan dan perubahan di Tanah Melayu daripada zaman Kesultanan Melaka ke era Malaysia moden

Ahmad Zulnasri Abdul Khalid, (2019) Kawalan imigresen dan pembentukan negara: perkembangan dan perubahan di Tanah Melayu daripada zaman Kesultanan Melaka ke era Malaysia moden. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 46 (2). pp. 272-294. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
454kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1229

Abstract

Migrasi merupakan salah satu faktor yang penting dalam pembentukan negara bagi satu tempoh yang panjang. Kawalan terhadap migrasi merupakan satu keperluan untuk memastikan kewujudan sesebuah negara atas identitinya yang tersendiri. British yang merupakan penjajah terakhir di Tanah Melayu bertanggungjawab mewujudkan Jabatan Imigresen dan memperkenalkan tatacara kawalan imigresen di pintu-pintu masuk sempadan secara beransur-ansur dalam konteks perundangan dan prosedur kawal selia atas keperluan untuk mengawal kemasukan migran dan membantu pembangunan ekonomi. Walaupun pembentukan kawalan imigresen yang tersusun dilihat bermula pada zaman pemerintahan British, namun hakikatnya konsep dan praktis secara umumnya telah pun wujud seawal kesultanan Melayu Melaka yang melaksanakan aktiviti kawal selia kemasukan pedagang asing dan mengutip cukai melalui pelabuhan. Perkembangan kawalan imigresen selepas mencapai kemerdekaan hingga hari ini lebih tertumpu kepada penyelarasan dasar dan perundangan selain pemodenan sistem aplikasi dan teknologi di Jabatan Imigresen Malaysia selaku agensi yang menguatkuasakan kawalan keluar-masuk warga asing di pintu-pintu masuk sempadan. Artikel ini mengumpulkan maklumat dan data hasil maklum balas daripada pegawai-pegawai kanan di Jabatan Imigresen Malaysia serta penulisan sarjana-sarjana dalam bidang sejarah persempadanan, perundangan dan sains sosial. Fokus utama artikel ini adalah mengenalpasti perubahan-perubahan dalam sistem kawalan imigresen di Tanah Melayu disebabkan oleh proses pembentukan negara. Faktor-faktor yang telah mempengaruhi perkembangan kawalan imigresen adalah penjajahan, ekonomi, keselamatan, perundangan serta penyatuan wilayah Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak yang akhirnya membentuk Malaysia. Keseluruhan faktor-faktor ini membentuk satu sistem kawalan imigresen secara beransur-ansur daripada satu proses yang ringkas kepada satu kawal selia yang lengkap dengan perundangan dan peranan agensi-agensi yang tertentu.

Item Type:Article
Keywords:Migrasi; Sempadan; Pintu masuk; Imigresen; Warga asing
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:14262
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Feb 2020 01:01
Last Modified:14 Feb 2020 23:47

Repository Staff Only: item control page