Isu antiminyak sawit dan peranan surat khabar AS dalam mencorakkan hubungan Malaysia-Amerika Syarikat, 1986-1989

Aszlan Selamat, and Shakila Yacob, (2019) Isu antiminyak sawit dan peranan surat khabar AS dalam mencorakkan hubungan Malaysia-Amerika Syarikat, 1986-1989. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 46 (2). pp. 295-321. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
749kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1229

Abstract

Artikel ini membincangkan peranan surat khabar Amerika Syarikat (AS) khususnya New York Times dan Washington Post dalam sejarah hubungan perdagangan Malaysia-AS berkaitan isu kempen antiminyak sawit. Kempen antiminyak sawit yang dijalankan oleh American Soybean Association (ASA), American Heart Association (AHA), Center for Science in the Public Interest (CSPI) dan National Heart Savers Association (NHSA) di AS mendapat sokongan media khususnya surat khabar termasuklah New York Times dan Washington Post. Artikel ini berpandangan laporan surat khabar merujuk isu antiminyak sawit sebagai pendorong dan berupaya mempengaruhi hubungan perdagangan Malaysia-AS khususnya yang melibatkan aktiviti import dan eksport minyak sawit. Artikel ini menggunakan metod penyelidikan sejarah melalui analisis ke atas data primer dan sekunder. Kaedah temu bual turut digunakan bagi memantapkan lagi pembuktian dalam artikel ini. Artikel ini penting untuk mengisi jurang yang kurang diberi perhatian oleh literatur terdahulu mengenai peranan surat khabar dalam isu antiminyak sawit dalam mencorakkan hubungan Malaysia-AS dan mempunyai kaitan yang signifikan dengan keadaan semasa. Sehingga hari ini, isu kelapa sawit masih menghadapi tentangan daripada negara maju dan pihak NGO hijau (green groups) antarabangsa. Kerajaan Malaysia masih lagi campur tangan dalam usaha memelihara industri kelapa sawit dan berusaha menangani kempen antiminyak sawit di Eropah dan AS. Didapati laporan surat khabar berperanan mendorong ahli Kongres AS mencadangkan Akta Melabel Minyak Tropika termasuk minyak sawit sebagai minyak yang mengandungi lemak tepu yang tinggi dan membahayakan kesihatan. Pada masa yang sama, laporan surat khabar turut digunakan sebagai fakta kes untuk meraih sokongan agar akta tersebut diluluskan di Kongres AS. Kempen ini turut membawa kepada kejatuhan eksport minyak sawit Malaysia ke AS. Selain itu, laporan kedua-dua surat khabar ini didapati menimbulkan ketegangan sehingga Malaysia menganggap tindakan memburukkan minyak sawit sebagai “suatu peperangan di negara asing”.

Item Type:Article
Keywords:Surat khabar; Minyak sawit; Impak; Kongres AS; Hubungan Malaysia-AS
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:14264
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Feb 2020 03:03
Last Modified:14 Feb 2020 23:49

Repository Staff Only: item control page