Pengenalan kepada sistem vokal bahasa Kedayan varian Sibuti

Nabilah Syazwani Norasman, and Remmy Gedat, (2020) Pengenalan kepada sistem vokal bahasa Kedayan varian Sibuti. International Journal of the Malay World and Civilisation, 8 (1). pp. 29-35. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
323kB

Official URL: http://www.ukm.my/jatma/jilid-8-bil-1/

Abstract

Kaum Kedayan boleh ditemui di Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Brunei. Di Sarawak, kaum ini merupakan kaum minoriti dan menetap di Limbang, Lawas, bahagian Sibuti di Miri dan sedikit di bahagian Bintulu. Bahasa Kedayan 80% berkognat dengan bahasa Melayu manakala 94% berkognat dengan bahasa Melayu Brunei. Namun demikian, bahasa ini mempunyai keunikannya yang tersendiri iaitu tiadanya penggunaan huruf ‘r’ dan hanya memiliki tiga vokal iaitu ‘i’, ‘a’, dan ‘u’ dalam kosa katanya. Makalah ini bertujuan untuk memperkenalkan sistem vokal bahasa Kedayan varian Sibuti (BKVS). Kaedah temu bual, pemerhatian dan catatan di lapangan digunakan dalam kajian ini. Pengkaji menggunakan senarai kata Swadesh dan ditambah dengan penggunaan beberapa domain perkataan seperti nombor, kata ganti nama diri, haiwan, tumbuhan, dan benda. Kajian ini dijalankan di Sibuti dengan melibatkan 4 orang penutur asli dan penduduk tetap di kawasan tersebut. Hasil kajian mendapati terdapat tiga fonem vokal, iaitu /i, a, u/; enam alofon, [i, i͂ , a, a͂ , u, u͂ ]; dua diftong, /aw, aj/; dan enam rangkap vokal, /ia, iu, ai, au, ui, ua/ dalam bahasa Kedayan Varian Sibuti. Perbezaan hasil kajian pengkaji dengan pengkaji yang lain disebabkan oleh faktor geografi dan pengaruh daripada bahasa lain. Terdapat penyisipan bunyi hentian glotis dalam fonem vokal. Pengkaji juga mendapati pengguguran fonem /r/ dalam BKVS menyebabkan berlakunya rangkap vokal dan kepanjangan vokal dalam BKVS.

Item Type:Article
Keywords:Kedayan; Fonologi; Vokal; Varian Sibuti; Sarawak
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:14268
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Feb 2020 01:09
Last Modified:18 Feb 2020 01:12

Repository Staff Only: item control page