Perubahan makna leksikal ‘dedak’ di media dalam talian sumbangan kepada perkamusan Melayu

Wan Robiah Hj. Meor Osman, and Chong, Shin (2020) Perubahan makna leksikal ‘dedak’ di media dalam talian sumbangan kepada perkamusan Melayu. International Journal of the Malay World and Civilisation, 8 (1). pp. 37-46. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
539kB

Official URL: http://www.ukm.my/jatma/jilid-8-bil-1/

Abstract

Bahasa merupakan medium penting dalam menyampaikan hasrat, sentimen, gagasan dan cetusan pemikiran. Bahasa juga dijadikan alat utama oleh masyarakat dalam menyalurkan maklumat tersurat atau tersirat. Gaya komunikasi masyarakat dunia telah berubah seiring dengan perkembangan dunia rangkaian jalur lebar yang menawarkan pelbagai perkhidmatan dalam talian termasuklah interaksi versi moden. Masyarakat kini lebih banyak meluangkan masa berinteraksi menggunakan platform teknologi maklumat. Perkembangan ini secara tidak langsung telah memberikan kesan kepada perubahan bahasa masyarakat. Oleh hal demikian, makalah ini meneliti perubahan makna kata ‘dedak’ dalam kedua-dua kamus yang dibandingkan iaitu Kamus R. O. Windstedt (1960) dan Kamus Dewan (2007) dengan melihat perubahan makna berasaskan masa. Sumber data kajian ini diperoleh daripada media sosial iaitu Facebook dan portal berita Malaysiakini dengan memanfaatkan Teori Tangan Ghaib oleh Keller (1994). Carian enjin google trends juga digunakan untuk melihat populariti kata ini digunakan oleh masyarakat. Hasil kajian mendapati bahawa makna kata dedak tidak mengalami perubahan makna yang ketara dalam kedua-dua kamus yang dibandingkan. Namun, menerusi penggunaan bahasa masyarakat dalam media dalam talian didapati kata dedak telah mengalami perubahan makna yang drastik kesan daripada ledakan situasi sosiopolitik negara. Justeru, perubahan makna ini merupakan salah satu sumbangan penting kepada perkembangan perkamusan Melayu.

Item Type:Article
Keywords:Perubahan makna; Media dalam talian; Perkamusan Melayu
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:14269
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Feb 2020 01:14
Last Modified:18 Feb 2020 01:13

Repository Staff Only: item control page