Penguasaan sintaksis bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Melayu di Universiti Putra Malaysia

Siti Khodijah Che Mee, (2020) Penguasaan sintaksis bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Melayu di Universiti Putra Malaysia. International Journal of the Malay World and Civilisation, 8 (1). pp. 59-73. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
701kB

Official URL: http://www.ukm.my/jatma/jilid-8-bil-1/

Abstract

Kajian ini memfokuskan penguasaan sintaksis bahasa Melayu yang melibatkan pelajar tahun akhir Bahasa dan Linguistik Melayu di Universiti Putra Malaysia. Hasil daripada tinjauan awal mendapati bahawa, kebanyakan daripada pelajar tahun akhir tidak menguasai komponen bahasa Melayu yang dipelajari dan hanya mengambil subjek bahasa untuk memenuhi kursus yang ditawarkan oleh pihak universiti. Sememangnya, bahasa percakapan amat mudah digunakan tetapi bahasa penulisan banyak melibatkan rumus yang tertentu dan perlu dipatuhi. Bahasa Melayu amat mementingkan pembinaan ayat yang betul dalam menghasilkan penulisan yang baik. Kajian ini dijalankan untuk mengetahui tahap pengetahuan yang sedia ada dalam diri pelajar tentang penggunaan sintaksis untuk membentuk ayat yang mematuhi sistem tatabahasa. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap penguasaan sintaksis bahasa Melayu dan menganalisis kesalahan yang sering dilakukan oleh pelajar tahun akhir yang major Bahasa dan Linguistik Melayu. Kajian ini akan melibatkan kaedah perpustakaan, kaedah lapangan, kaedah soal selidik dan soalan penilaian. Responden untuk kajian ini melibatkan 50 orang pelajar tahun akhir yang mengambil kursus Bahasa dan Linguistik Melayu di Universiti Putra Malaysia. Hasil dapatkan kajian dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif. Penyelidikan ini penting kepada pensyarah bahasa Melayu, pelajar di IPTA khususnya pelajar Linguistik Melayu, guru bahasa Melayu dan golongan professional. Oleh itu, pentingnya kajian tentang sintaksis bahasa Melayu untuk melahirkan graduan yang berkualiti dan cemerlang dalam bidang bahasa.

Item Type:Article
Keywords:Sintaksis; Penguasaan bahasa Melayu; Pelajar tahun akhir
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:14271
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Feb 2020 01:24
Last Modified:18 Feb 2020 01:15

Repository Staff Only: item control page